Selasa, 25 Jun 2013

AL-FAQR


AL-FAQR ertinya Kefakiran..

Kefakiran tidak mutlak sesuatu yang tercela, bahkan dalam keadaan tertentu ia merupakan sesuatu yang terpuji dalam ajaran Islam. Seorang yang fakir yang dapat mempertahankan agamanya jauh lebih baek daripada seorang yang kaya disibukkan oleh kekayaannya.  Oleh sebab itu, kenyataan sebahagian orang bahawa "kefakiran sangat dekat dengan kekufuran" ialah satu kenyataan yang tidak mempunyai asas sama sekali dan bukan merupakan hadis.
Justeru sebaliknya, kefakiran bleh menjadikan seseorang meningkatkan nilai takwanya. Dan sebab itu juga majoriti penduduk syurga ialah orang fakir.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda bererti :

"aku diperlihatkan ke syurga dan aku melihat majoriti penduduknya ialah orang fakir"
                                                                                           (Riwayat al-Bukhari)

Imam Sahl ibn Abdullah al-Tustari berkata:

"ada lima perkara yang merupakan permata jiwa:

1.  Seorang fakir yang menampakkan kekayaan.
2. Seorang yang merasa lapar yang menampakkan rasa kenyang
3. Seorang yang sedih yang menampakkan keceriaan
4. Seorang yang memiliki permusuhan dengan orang lain namun menampakkan kecintaan kepadanya.
5. Seorang yang bangun solat pada malam hari dan puasa pada siang hari namun tidak menampakkan    keletihannya

 Imam Ibrahim ibn Adham berkata:"kta mencari kefakiran namun kita didatangi kekayaan, dan banyak orang yang mencari kekayaan namun mereka didatangi kefakiran."

   Imam Zunnun al-Misri berkata:" Antara tanda-tanda Allah murka ke atas seorang manusia adalah apabila orang tersebut memiliki rasa takut terhadap kefakiran"


rujukan buku: INDAHNYA TASAWUF DAN HIDUP SUFI
***Ustaz Yusri Abd. Karim


Sabtu, 22 Jun 2013

ARAK MENJADI MADU

NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"
Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama  itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.
Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu."
Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman,
" Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?"
Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "


AKHLAK ISLAMIYAH

AKHLAK ISLAMIYAH

Seseorang yang memiliki budi pekerti mulia disukai oleh semua orang. Sebaliknya, orang yang buruk akhlaknya dibenci. Demikianlah sifat fitrah semua manusia tanpa mengira latar belakang agama. Oleh itu, Islam memerintahkan penganutnya supaya mengikis sifat yang tercela dan mengisinya dengan segala sifat terpuji.

Sifat terpuji melambangkan kesempurnaan Islam seseorang. Di antara sifat terpuji ialah berbuat baik dan menjaga hubungan persaudaraan sesama manusia. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam melakukan kebaikan, Islam tidak mengamalkan dasar diskriminasi. Lantaran itu perintah berbuat baik tidak hanya ditujukan kepada sesama Muslim, bahkan bukan Islam. Ringkasnya, perintah melakukan kebaikan dan berbuat kebajikan merentasi batas akidah seseorang.

Jika kita ingin mengambil contoh orang yang memiliki akhlak mulia, maka baginda adalah contoh terbaik. Firman Allah bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan yang baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21).

Ketinggian akhlak baginda disifatkan sebagai akhlak al-Quran. Bahkan, baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia. Baginda juga menzahirkannya melalui amalan. Dengan sifat sabar yang dimiliki baginda, menyebabkan seorang wanita Yahudi yang sering mengotori baginda saban hari memeluk Islam. Baginda juga menziarahi seorang Yahudi yang dalam keadaan sakit sehingga akhirnya Yahudi itu memeluk Islam.

Seorang Muslim juga diperintahkan untuk berbuat baik kepada keluarganya yang bukan Muslim. Pertalian kekeluargaan yang sedia ada harus dipertahankan kerana keIslaman seseorang bukanlah alasan untuk memutuskan segala pertalian dengan keluarga asal.

Sebaliknya kita diperintahkan untuk terus menjalin hubungan yang baik. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zubir katanya: "Qutailah binti Abdul Uzza yang masih musyrik datang mengunjungi anaknya, Asma' binti Abu Bakar dengan membawa beberapa hadiah. Asma' enggan menerimanya bahkan tidak membenarkannya ibunya masuk. Asma' meminta Aisyah bertanya kepada Rasulullah mengenai perkara itu. Lalu Rasulullah menyuruh Asma` supaya menerima hadiah itu dan menyuruh ibunya masuk ke dalam rumah."(Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal).

Berdasarkan hadis itu, nyatalah bahawa Islam menyuruh untuk berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa yang bukan Islam, selagi ia tidak bertentangan dengan norma Islam. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau dengan fikiran sihat engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan Tauhid dan amal yang salih) kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu kerjakan." (Surah Lukman, ayat 15)

Daripada penjelasan itu, dapatlah diambil kesimpulan bahawa menjalin hubungan yang baik dengan sesama manusia tanpa mengira agama seseorang adalah anjuran Islam. Sifat itu juga mencerminkan wajah sebenar ajaran Islam iaitu ajaran yang berlandaskan kasih sayang dan toleransi.

Sumber:
workshop mmgm

Allahu Ta'ala a'lam...

MEMELIHARA CINTA

MEMELIHARA CINTA




                                            Allah S.W.T berfirman bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad),’ jika kamu benar-benar mencintai Allah S.W.T maka ikutilah aku, nescaya Allah S.W.T mencintai kamu dan mengampungkan dosa- dosamu.’(ingatlah) Allah S.W.T Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
                                                                (surah Ali ‘Imran,  ayat 31)

Cinta adalah wilayah tanpa kata-kata. Hati yang mencintai ibarat taman yang  bertaburan bunga, semua Nampak indah berseri.   Tidak ada keburukan, tidak ada keluh-kesah, seakan dunia adalah syurga tempat memadu cinta.
                Nampaknya, hati manusia telah dicipta untuk mencintai sesuatu . Sebab, rasa cinta yang ditanamkan menjadikan hidup lebih indah, bersemangat, dan ghairah.   Boleh bayangkan, bila hati tanpa cinta, semua terasa hampa, seperti hidup dalam ruang kekosongan dan kesunyian.  Tidak ada rasa bahagia, gembira, dan duka cita.
                Ayat tersebut menjelaskan bahawa hati memiliki naluri alamiah untuk mencintai Sang Pencipta dan keindahan yang diciptakan-Nya.  Maka , apabila seseorang Muslim benar-benar mencintai Allah S.W.T kesannya adlah menjalankan segala yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.  jika memelihara cinta kepada Allah S.W.T, kita akan merasakan manisnya keimanan, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W berikut:

“Ada tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, maka dia akan merasakan manisnya iman, iaitu oran yang lebih cinta kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya daripada lainnya, orang yang mencintai seseorang semata-mata kerana Allah S.W.T , dan orang yang tidak mahu kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah S.W.T darinya, sebagaimana dia tidak mahu dilemparkan ke dalam neraka.”
                (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim,Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

                Maka , peliharalah rasa cinta dalam hati anda.  Cinta kepada Allah S.W.T cinta Rasulullah S.A.W, dan kepada nilai-nilai ajaran Islam.   Melalui rasa cinta itu, hatimu menjadi kaya, laksana syurga yang bertaburan bunga.

Cari Blog Ini