Isnin, 26 Ogos 2013

TALI KASUT dan ISKANDAR ZULKARNAIN


Tatkala Iskandar Zulkarnain masuk ke sebuah negeri, dia diberitahu tentang sepasang kasut yang istimewa di sebuah kuil berdekatan.
“Mengapa kasut itu terlalu istimewa?”
“Siapa yang mampu membuka talinya yang tersimpul mati itu akan dapat menakluki dunia.”jawab seorang pengikutnya.
“kalau demikian bawa aku ke sana!”
Sebaik tiba di kuil itu, Iskandar terus pergi ke tempat kasut itu ditempatkan yakni di satu tempat yang nampaknya disucikan dan disembah.
Setelah merenung tali kasut yang bersimpul itu, tiba-tiba Iskandar terus mencabut pedangnya. Dengan tangkas dia memotong tali kasut itu dengan pedangnya. Tali kasut itu pun putus dan terungkai.
“Nah sekarang aku akan menakluki dunia!”
Semua orang di sekelilingnya terkejut. Telah ramai raja-raja dari seluruh pelosok dunia datang, mencuba nasib untuk membuka simpulan tali kasut itu, namun semuanya gagal. Mereka hairan melihat betapa beraninya Iskandar Zulkarnain menangani cabaran itu dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh mereka. Malah terbukti beberapa tahun kemudian Iskandar Zulkarnain Berjaya menakluki dunia!

***YAKIN  ATAS KEMAMPUAN DIRI ADALAH SYARAT UTAMA UNTUKBERJAYA. Mereka yang berjiwa besar berani menempuh jalan yang tidak pernah difikirkan oleh manusia biasa. Mereka juga selalunya mampu berfikir “di luar kotak” bagi menangani sesuatu cabaran.  

Ahad, 25 Ogos 2013

10 WASIAT IMAM SYAFIE

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah..



beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

www.facebook.com/pages/Remaja-Cinta-Dakwa

Khamis, 15 Ogos 2013

ANDAI HARI INI AKU DIMAKAMKAN



Hari ini ku mati,
Perlahan...
Tubuhku ditutup tanah.
Perlahan...
Semua pergi meninggalkanku...

Masih terdengar jelas langkah² terakhir mereka,
Aku sendirian,
Di tempat gelap yang tak pernah terbayang,
Sendiri,
Menunggu pertanyaan malaikat...

Belahan hati,
Belahan jiwa pun pergi.
Apa lagi sekedar kawan dekat atau orang lain.
Aku bukan siapa-siapa lagi bagi mereka...

Sanak keluarga menangis,
Sangat pedih,
Aku pun demikian,
Tak kalah sedih...

Tetapi aku tetap sendiri,
Di sini, menunggu perhitungan.
Menyesal sudah tak mungkin.
Taubat tak lagi dianggap,
Dan ma'af pun tak bakal didengar,
Aku benar-benar harus sendiri...

Ya Allah...
Jika Engkau beri aku 1 lagi kesempatan,
Jika Engkau pinjamkan lagi beberapa hari milikMU,
Untuk aku perbaiki diriku,
Aku ingin memohon ma'af pada mereka...

Yang selama ini telah merasakan zalimku,
Yang selama ini sengsara kerana aku,
Tersakiti kerana aku...

Aku akan kembalikan jika ada harta kotor ini yang telah kukumpulkan,
Yang bahkan kumakan,
Ya Allah beri lagi aku beberapa hari milikMu,
Untuk berbakti kepada Ayah & Ibu tercinta...

Teringat kata-kata kasar & keras yang menyakitkan hati mereka,
Ma'afkan aku Ayah & Ibu, mengapa tak kusedari betapa besar kasih sayangmu,

Beri juga ya Allah aku waktu untuk berkumpul dengan keluargaku,
Menyenangkan saudara-saudaraku..
Untuk sungguh-sungguh ber'amal soleh.

Aku sungguh ingin bersujud dihadapanMu lebih lama lagi..
Begitu menyesal diri ini.
Kesenangan yang pernah kuraih dulu,
Tak ada ertinya sama sekali...

Mengapa kusia-siakan waktu hidup yang hanya sekali itu...?
Andai aku boleh putar ulang waktu itu...

Aku dimakamkan hari ini,
Dan ketika semua menjadi tak terma'afkan,
Dan ketika semua menjadi terlambat,
Dan ketika aku harus sendiri...
Untuk waktu yang tak terbayangkan sampai yaumul hisab & dikumpulkan di Padang Mashar...

www.facebook.com/pages/Remaja-Cinta-Dakwah

Selasa, 13 Ogos 2013

BUDAK KECIL DAN API NERAKA


Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala.

Khalifah harun al-Rasyid betanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab”aku takutkan api neraka”
Khalifah yang adil itu memujuk,””Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka”.
Namun apakah jawapan budak itu? Katanya,”Aku melihat ketia orang menyalakan api, mereka memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam Neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?”
Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…


**Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dah hikmah. Hal yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia,dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.

ADA JUGA YANG TIDAK BOLEH



Kalau mereka boleh, aku pun boleh.  Begitulah prinsip hidup yang dipegang oleh seorang pemuda. Pantang dicabar dia kan menyahut apa sahaja cabaran yang dihadapkan kepadanya.
Satu hari dia hendak menyeberang sebatang sungai. Malangnya, tiada jambatan atau titi yang boleh digunakan.
Dia berlegar-legar di sepanjang tebing sungai itu mencari ikhtiar untuk menyeberang. Tiba-tiba dilihatnya sebatang kayu kecil merintangi sungai itu dari tebing sebelah sini hingga ke seberang sana.
“Bolehkah aku menyeberang ke sana dengan menjadikan kayu sekecil ini sebagai titi”Dia berfikir
Tiba-tiba dia terpandang sekumpulan semut sedang merap di atas batang kayu itu. Lantas dia mendapat idea.
“Jika berpuluh-puluh semut itu boleh meniti di atas batang kayu itu, mengapa aku tidak boleh?
Bukankah aku Cuma seorang? Kalau mereka boleh, aku pun boleh.”Begitulah detik hatinya

Tanpa berlengah-lengah lagi dia pun melangkah ke atas batang kayu yang kecil itu.Debus! Dia jatuh ke dalam sungai.

***Ukur baju di badan sendiri.Meneladani orang lain tidak salah, tetapi perlu diseimbangkan dengan mengenal diri sendiri terlebih dahulu. 

Cari Blog Ini