Khamis, 17 September 2015

Polisi Apa Yang Saya Patut Ambil.?


Lain Syarikat, Lain Produknya

Ada pelbagai produk takaful di pasaran;
  • Takaful Simpanan (Saving Takaful),
  • Takaful Pendidikan (Education Takaful),
  • Takaful Kesihatan (Medic Takaful),
  • Takaful Penyakit Kritikal (Critical Illness Takaful),
  • Takaful Khusus Untuk Wanita (Women Takaful),
  • Takaful Berkaitan Pelaburan (Investment-Link Takaful),
  • Takaful Warga Emas (Senior Citizens Takaful),
  • Takaful Kemalangan Peribadi (Personal Accident Takaful) dan sebagainya.


Ya, terlalu banyak produk takaful di pasaran sekarang. Pertambahan syarikat-syarikat takaful sejak kebelakangan ini merancakkan lagi industri takaful di Malaysia. Persaingan antara mereka memberi pilihan kepada para pelanggan untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri dan keluarga mereka.
“Jadi, polisi yang mana satukah yang patut saya ambil?”
Secara umumnya, sebanyak mana produk yang ada di pasaran atau sebanyak mana produk yang anda ambil, hanya ada 4 sahaja kategori perlindungan takaful yang anda perlukan.
Ya, ada empat sahaja, iaitu;
  1. Perlindungan Kematian dan Lumpuh (Life – Death and Total Permanent Disability)
  2. Perlindungan Penyakit Kritikal (Critical Illness)
  3. Perlindungan Rawatan Hospital dan Pembedahan (Hospital and Surgical)
  4. Perlindungan Kemalangan Diri (Personal Accident)

<Keempat-empat Terdapat dalam medical card>
Keempat-empat perlindungan ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Selepas seseorang menyertai keempat-empat pelan takaful ini barulah dia memikirkan untuk polisi-polisi lain, seperti pendidikan, persaraan, pelaburan, penyakit khusus wanita dan sebagainya.
“Bagaimanakah keempat-empat jenis perlindungan ini berfungsi?”
Keempat-empatnya kategori ini saling lengkap-melengkapi antara satu lain. Ia memberi perlindungan untuk 4 jenis musibah yang jarang-jarang berlaku di dalam hidup kita, tetapi memberi impak kewangan yang cukup besar sekiranya ia berlaku.


cc:
http://www.majalahniaga.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini