Selasa, 22 September 2015

POLISI APA YANG SAYA PATUT AMBIL.?(PENJELASAN)

Sambungan:

Kategori #1 – Takaful Perlindungan Kematian & Lumpuh




Secara umumnya, bukan semua orang layak untuk mengambil perlindungan takaful. Seseorang yang layak mengambil polisi mestilah mempunyai dua syarat utama ini iaitu:

-Hidup
-Sihat,

Dan pengakhiran hidup ini adalah kematian. Jadi di sini perlindungan takaful untuk kematian berfungsi. Ia memberi pampasan tunai kepada keluarga si mati tadi untuk meneruskan komitmen kewangan keluarga tersebut.

Sebagai contoh, jika seseorang pemegang polisi tadi seorang suami dan juga ayah, maka wang pampasan perlindungan ini diperoleh oleh isteri dan anak-anaknya. Maka dengan wang pampasan ini, isteri dan anak-anaknya dapat meneruskan hidup seolah-olah pendapatan suami serta ayah mereka masih berjalan sekalipun beliau sudah tiada.

Apa pun, takaful tidak dapat menggantikan seratus peratus tempat suami atau ayah tersebut, namun ia meringankan beban keluarganya.


Kategori #2 – Takaful Perlindungan Penyakit Kritikal




Seperti kategori pertama, pampasan untuk penyakit kritikal juga dalam bentuk tunai kepada pemegang polisi. Ia memberi perlindungan sebaik sahaja pemegang polisi menghidap salah satu daripada 36 jenis penyakit yang dilindungi seperti strok, kanser, koma, sakit jantung dan sebagainya.



Perlu diingatkan di sini, ia memberi pampasan hanya selepas disahkan oleh doktor. Fungsi perlindungan ini juga sama seperti kategori pertama iaitu untuk menyara hidup pemegang polisi serta keluarganya selepas menghidap penyakit kritikal.



Kerana selalunya setelah menghidap penyakit tersebut sudah tentu beliau tidak dapat bekerja seperti biasa. Maka sudah tentu beliau terpaksa berhenti kerja. Jadi di sinilah fungsi takaful ini untuk membantu menggantikan pendapatan pemegang polisi.

Kategori #3 – Takaful Perlindungan Kemalangan Diri



Takaful jenis ini adalah yang paling murah di pasaran. Malah kadang-kadang ia diberikan percuma apabila anda membeli rumah atau membuka akaun simpanan di bank atau menandatangani borang kad kredit.

Ia bukan perlindungan untuk kemalangan kereta. Takaful kereta hanya memberi pampasan kepada kereta sahaja, tetapi bukan kepada pemilik kereta. Maka dengan hanya mengambil polisi kemalangan peribadi, ia turut memberi perlindungan kepada pemilik kenderaan apabila berlaku kemalangan.


Ia meliputi perlindungan kecederaan, lumpuh sementara, putus anggota lumpuh kekal dan juga kematian akibat kemalangan. Sebagaimana kategori pertama, dan kedua, ia memberi pampasan dalam bentuk tunai.


Kategori #4 – Takaful Perlindungan Rawatan Hospital & Pembedahan


Ia juga dikenal sebagai medical card atau medic assist atau insurans kesihatan. Ramai yang tersalah anggap bahawasanya dengan memiliki perlindungan penyakit kritikal, mereka tidak perlu lagi kepada perlindungan rawatan hospital.

Sebenarnya, perlindungan penyakit kritikal memberi pampasan untuk sara hidup pemegang polisi, sebaliknya perlindungan rawatan hospital memberi pampasan dalam bentuk pembayaran bil di hospital.



Ia tidak memberi sebarang nilai tunai kepada pemegang polisi, sebagaimana perlindungan takaful kategori pertama, kedua dan ketiga.

Tidak seperti perlindungan penyakit kritikal, ia tidak semestinya seseorang perlu menghidap penyakit kritikal untuk mendapat pampasan perlindungan ini. Sebaik sahaja kemasukan ke hospital, ia terus memberi pampasan kepada pemegangnya dengan cara pembayaran bil.

“Afyan, saya memiliki medical card dengan RM1 juta. Bukankah ia sudah mencukupi tanpa mengambil polisi penyakit kritikal?”

Andaikan anda dimasukkan ke hospital dan segala bil rawatan hospital ditanggung oleh medical card tersebut. Disebabkan oleh penyakit ini, anda terpaksa berhenti kerja. Jadi, bagaimanakah dengan kehidupan anda dan keluarga anda selepas itu?



Adakah medical card dapat membantu anda membayar sewa rumah, ansurans kereta, makan minum, belanja dapur, belanja anak, bil telefon dan sebagainya?

Sudah tentu tidak. Bukankah sudah disebutkan tadi, ia saling melengkapi?

“Adakah saya perlu ambil semua keempat-empat jenis perlindungan di atas?”

“Sekiranya saya memiliki lebih daripada satu polisi, adakah saya boleh membuat tuntutan daripada semua polisi saya?”

“Berapakah kos yang paling murah untuk saya memiliki keempat-empat perlindungan di atas?”

Untuk Maklumat Lanjut, Boleh Hubungi Saya HAKAM di 0189526947. Call/wasap/msg

kredit:http://www.majalahniaga.com/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini