Selasa, 24 Mei 2016

Petua Murah Rezeki

Petua Murah Rezeki




✅1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
✅2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
✅3.Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
✅4. Letakkanlah d bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅5. Jika kamu hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
....................................
✅6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................  
✅9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
....................................
✅11. Setkan pada handphone kamu,  penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al-fatihah @ al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...

Rabu, 18 Mei 2016

Bersyukur Dengan NikmatNya




Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.



Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.



Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.



Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

subhanallah!
ungkaian muhasabah diri. perkongsian.

Isnin, 16 Mei 2016

SELAMAT HARI GURU

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Ganjaran Berganda Untuk Guru

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831)



Pengajaran:

1.  Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak serta menasihat kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2.  Orang yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang  agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati  oleh orang yang belajar dan beramal.


3.  Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Sempena Hari Guru, ayuh kita menjadi guru - paling tidak kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. JOM kita rebut peluang menyimpan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan mendidik, mengasuh dan mengajar orang lain.  Hadis Rasulullah SAW:
إِذَامَاتَ الإِنسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّمِن ثَلاَثَةٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍصَالِحٍ يَدْعُولَهُ
“Apabila seseorang manusia mati, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajar dan anak solleh yang mendoakan untuknya” (HR Muslim No: 3084)

# Selamat Hari Guru. Semoga Allah merahmati dan memberkati jasa Ustaz dan Ustazah di dunia dan di akhirat, آمين يارب العالمين.

SIFAT BAIK MEMBAWA KE SYURGA

SIFAT BAIK MEMBAWA KE SYURGA

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:

_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_




Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:

_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.

Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

_"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."_

_"Tapi…"_

_"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"_



1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

_"Muaz  berkata, subahanallah."_

 _"Lagi...?"_

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

_"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"_

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

_*Subhanallah...*_

*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*

*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula dekati kita, kita tak hairan..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

Khamis, 12 Mei 2016

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, memulakan pengajian kitab tafsirnya seawal tahun 1979. Kali pertama mengkhatamnya adalah pada tahun 1999. InsyaAllah esok, 13 Mei 2016 merupakan kali yang kedua.

Ini bermakna pengajian tafsir beliau mengambil masa hampir 20 tahun untuk ditamatkan. 40 tahun, dua kali khatam. Gigih dan istiqamah beliau, tak pernah jemu mendidik masyarakat tentang Islam. Usianya dihabiskan bersama Islam, menerangkan ilmu-ilmu sekaligus memperjuangkannya sehingga tertegak di bumi Allah, tanpa pernah mengadu penat dan letih.

Jemput semua yang pernah menimba ilmu darinya, sama-sama kita raikan beliau. Tuan Guru tak pernah minta diadakan program seumpama ini. Inilah sedikit inisiatif kami bagi menghargai segala yang telah dicurahkan.

Walaupun sebenarnya majlis ini terlalu kecil dibandingkan dengan apa yang beliau korbankan, anggaplah ini hadiah hari guru buat beliau, dari kami anak-anak muridnya.   Jemput blake hok mana brase anok murid dia

Rabu, 11 Mei 2016

Tips Sewa Rumah Untuk Disewa


Tips Sublet Kubis 😎




1. First knl pasti niche kita, mksdnya siapa yg berpotensi mendiami bilik sewa kita, adakah ada kolej ataupn pst pngajian di situ. Xsmstinya pelajar kita nk trget, kita kena tgk faktor peluang pkerjaan yg blh menarik org mendiami kwsan itu. Cth sy ambik damansara damai, ia tidak jauh dfn sungai buloh. First kita blh nmpak KTM dan MRT bakal siap xlama lagi pn dh bt tmpt tu lg rmai org nk tggl berdkatan public. Second Hospital Sungai Buloh pn ada potensi tggi. Byngla brp ramai nurse or MA yg nk cari rmh berdekatan dgn hspital. 

2. Second kita tgk tmpt tu crowded x, sebab lagi crowded lagi bagus utk kita buat sublet tempat tu taw.. Nk thu crowded ke x? Adoiii, ape ssh p waktu mlm p check parking tempt nk sublet tu, kereta limpah luar pagar x.. Kalau limpah so...hehe




3. Third, BUDGET???... Yg ni dok pening mana nk cari duit nak2 rmh yg kosong dan ade minor kerosakan kan... Yg ni mhl sikit nk kongsi sbb rmai dok tye zero cost modal cm mana...hehe, kalau mls nk pikir pnjg pasang jv ramai2 setakat sumbang 2k sorang pe dehal.. 
5 jv x rm2000 = rm10000
Banyak tu... Berapa rmh dpt tampung kalau modal byk nie. Paling byk pon 3 je kot, kalau dpt tapau perabot terpakai murah giler xheran dpt buat 5 sublet pon..muahehehe.. Zero...Zero..Zero, nk jgk xpKai modal eh.. Yg ni sy share nanti kalau rajin la..sbb nk tgk brp org btl2 minat nk buat sublet... Ok x...

4. Nk buatt pape bisness pn kena la buat case stdy sikit dan survey, xkn smua nk langgar kan. Taw la muda lagi, tp xkn nk org muda je rugi, krg muda pn nk utg. So survey la perabot2, peralatan elktrik yg dpt tapau murah. Kalau dpt tarik hati sy, maybe sy blh bg cntct2 perabot murah nie..yg penting #shellout dulu baru sembang...hehe

5. Semua dh dpt, tp mana nk cari tenant??? Yg ni pn nk tahu jgk.. k2, bab iklan ya... Meh nk list, xsalin lagi xtaw la...
- mudah.my
- ibilik
- FB
- Instagram
- TRIVAGO
- AGODA
- website (blogspot)
- twitter

👆 yg ni rasanya sakit telinga nk jwb pggilan, cara offline nnti mase ngopi yer, nk tgk sapa berani blnje sy bgi tea o swam segelas. Semua teknik offline sy bagi..hehe



6. Tempat dh cari, kawsan dah pilih, budget dh rancang, case stdy n calculation pon dah dan iklan pn dh ade la sumber sikit. 
Alamak Owner nk deal mcm mana??? Bagitau kita ejen sllunya masam muka, nk mkn komisen la, nk utg ats angin la. Adoi mslh2.. Sah kn nk dpt tenant, nk dpt rumah dari owner pn ssh nie.. Nk teknik??? Ok laaa sy bagi lagi.... Kalau kita offer kat owner, kita urus dari A-Z pasal rumah dia agk2 dia nk x bagi. 
- tolong kutip duit sewa
- cuci rumah dia
- byr bil2 air, api, maintenance n dll
- sembang sikit bgtau kita dh buat lebih 10 rmh. So....xmahu lg. Bgi gmbr kt google sikit kasi tngok.hehe.. Nk nipu pn agk2 la jgn lbih2..hehe.. 
- jumpa depan2 la, pakai sopan mcm ejen insurance baru dia tgk budak ni kalau aku bg 10biji pn xpe.
- cara ckp sopan la.
- bwk la ala2 agreemnt kasi dia tgk bru nmpak pro..kata faiz klcc blh tumbang bab sembang nie..hehe

7. Deal dgn tenant... Ermmm, ni satu hal gak, sblm deal otai2 bgtah kena tapis. Tp xkn penapis santan besar sgt lubang tu, pakai santan la. Sblm jmp tu bg la form suh dia isi. Form? Form ape eh, nk isi ape? Cm mana nk buat? Online plk tu. Pro sgt dh nie...hehe.. Yg ni mahel sikit, abg pn xde org payung, tp kalau sapa bg kt abg payung mas abg bg form abg bagi tengok trus.. Tgkk terkejut x..hehe

Jadikan Rumah Yang Memberi Duit kepada Kita


8. Kontrak/Agreement
Nk reka xreti, nk tulis syarat apa pon xtahu... Xyah pening, abg ni keje kt legal firm, meh kasi abg buat.. Semua nk buat ni, hbis banfla xde kerja.. Actually agrememt ni kita blh charge kt owner dan tenant. Jgn smua nk tggung, diorg pn fhm, jgn la charge merapu..agak2 la org mampu byr. Ayt last bagitau mase lepas ckp hrga agreement, harga ni kita share dua, baru lah nmpak adil..hehe 

Adoi, makin lewat nk g amik van nk punggah katil nie..silap tulis pnjg2..hehe, meh la nk teman g kt lubuk katil murah. Condition 11/10 taw..tilam 10inchi kot...

Xpuas hati lagi ke mcm xckup eh.. Ajak la minum ke, buat2 mcm nk buat jgk bru sedap nk share..hehe


👇👇👇

#teamsubletselangorkl
#subletterlajaklaris

Selasa, 10 Mei 2016

Berniaga tapi kena rompak dengan abang long tiap hari

Sharing is caring                     


 Semalam ada seorang usahawan message saya...Dia tanya,....
"Macam mana Dr cakap hari tu business kita dirompak yea? Saya tak faham"
Haha (saya tergelak jahat) ...entah-entah ini soalan dari seorang perompak,
Contohnya mcm ni dik .. Katakan hari ni adik dapat hasil jualan RM100 ..lepas tu adik simpan dlm poket. Sedang drive nak balik rumah..tetiba nak isi minyak keta pulak.. adik pun singgah Petronas.. pump minyak RM50, kemudian adik pun masuk kedai MESRA .. beli jajan untuk diri sendiri RM10.
Adik amik duit RM50 + RM10 tu semua dari poket sebelah kanan ..yang adik letak duit hasil jualan RM100 tu. Duit tu sekarang dah tinggal RM 40 jer kan ?


Adik pun balik rumah tanpa rasa bersalah ..menyanyi pulak lalalla lalalalal....tanpa ada niat nak menggantikan semula duit RM 60 itu, So sekarang..Adik dah di kira mencuri duit hasil jualan sendiri. Itu yang kita kata Merompak Perniagaan sendiri.
Kemudian dia reply.... " Tapi... itu kan duit bisnes kita, suka hati kita nak belanja macam mana kan'
Saya jawab...."Ye memang suka hati kita lah..kalau dah melingkup pun suka hati kita lah nak menanggung" (ni jawab dalam hati jer) hehe ...Ni yang saya ckp betul "Yea ...Hasil jualan tu ialah pendapatan adik...adik punya ... tapi ianya perlu di agih-agihkan ikut keperluan... asingkan 20% untuk simpanan, 20% untuk belanja harian, 60% lagi untuk rolling modal berniaga" .
Dia pun reply.... OOOO faham-faham... patutlah duit jualan tak tau pi mana..hahaha (ketawa perompak yang bertaubat...agaknya lah dah bertaubat..haha).



Kesimpulan dari cerita ini. Abang Long sebenar adalah diri sendiri(Nasfu).

Cara nak mengatasi ialah buat satu akaun khas untuk perniagaan kita.

share group #jombantu

Cara Pilih Rumah dan impak kepada anak-anak

Nilai rumah vs Nilai akhlak

*Rumah ibu bapa adalah rumah bg anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..*
*Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa*
*Makan apa sahaja...*
*Tengok siaran tv ikut suka...*
*Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...*

Bukan Nilai rumah tetapi Nilai didikan













~
*Tapi...*
*Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....*
*Tak boleh masak sesuka hati...*
*Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....*
*Buat apa sahaja ikut suka....*
*Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..*

*Begitu juga...*
*Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....*
*Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....*
*Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.*
*Kalau rosak semua ibubapa tanggung..*

*Tapi...*
*Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....*
*Apatah lg dgn sesuka hati.*
*Takut rosak lah...*
*Takut langgar lah...*
*Takut calar lah.....*
*Kalau guna pun...*
*Pastikan minyak penuh semula.....*
*Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....*

*Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....*
*Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....*

*Tetapi anak-anak...*
*Belum tentu mengasihi ibubapa....*
*Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....*
*Mereka ada masa utk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...*

*Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...*
*Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...*
*Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...*
*Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...*
*Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...*



*Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..*

*Tetapi...*
*Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...*

*Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa*

*Inilah diantara isi kandungan kuliah Ustaz Suhaimi yg sgt terkesan & realistik dlm keadaan dunia di akhir zaman ini...*

*Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.. ln Sya Allah.

Baru Tahu Buat tak tahu.?

Iklan dalam blog dah lama orang tahu, tapi ada yang buat tak tahu.

yang tahu akan buat terus dia akan dapat hasil, yang tahu buat tak tahu entoh lee

tak tahu nak kata apa..

Suffnang,komli,adsense dan banyak lagi..

tahukan.?  or buat tak tahu.?


Dah tahu kena la aktif kan. Baru dapat hasil

Cari Blog Ini