Khamis, 12 Mei 2016

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, memulakan pengajian kitab tafsirnya seawal tahun 1979. Kali pertama mengkhatamnya adalah pada tahun 1999. InsyaAllah esok, 13 Mei 2016 merupakan kali yang kedua.

Ini bermakna pengajian tafsir beliau mengambil masa hampir 20 tahun untuk ditamatkan. 40 tahun, dua kali khatam. Gigih dan istiqamah beliau, tak pernah jemu mendidik masyarakat tentang Islam. Usianya dihabiskan bersama Islam, menerangkan ilmu-ilmu sekaligus memperjuangkannya sehingga tertegak di bumi Allah, tanpa pernah mengadu penat dan letih.

Jemput semua yang pernah menimba ilmu darinya, sama-sama kita raikan beliau. Tuan Guru tak pernah minta diadakan program seumpama ini. Inilah sedikit inisiatif kami bagi menghargai segala yang telah dicurahkan.

Walaupun sebenarnya majlis ini terlalu kecil dibandingkan dengan apa yang beliau korbankan, anggaplah ini hadiah hari guru buat beliau, dari kami anak-anak muridnya.   Jemput blake hok mana brase anok murid dia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini