Selasa, 19 Januari 2016

Apakah Takaful?

SYARIAH DAN TAKAFUL

Syariah
• Syariah adalah perundangan Islam
• Definisi - Jalan lurus
• Muamalat - Perundangan perniagaan contohnya perbank islam, insurans dsb.



Apakah Takaful?
• Al-Takaful, berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk membantu atau menjamin.
• Konsep insurans yang mematuhi Syariah di mana kumpulan peserta bersama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain menghadapi risiko yang akan timbul sebagai satu Tabarru’ atau derma kepada tabung takaful.
• Konsep perpaduan dan kerjasama antara semua pihak yang terlibat.

Asas Takaful
• Jaminan bersama
• Penyertaan di dalam skim yang dipersetujui bersama
• Membantu satu sama lain menggunakan tabung yang ditakrifkan (tabung tabarru') untuk membayar kerugian yang ditakrifkan

Prinsip Takaful
• Tanggungjawab bersama
• Membantu dan bekerjasama
• Perlindungan bersama

Tabarru’
• Definisi – Derma
• Mengubah kontrak
• Peserta adalah pihak yang menanggung risiko bukannya syarikat
• Pengendali Takaful bukannya pemilik kepada dana tetapi adalah penjaganya
• Pengendali Takaful tidak boleh menggunakan derma-derma tersebut melainkan mendapat kebenaran dari peserta
• Elemen Gharar dan Masyir terhapus serta-merta

Selasa, 5 Januari 2016

Keluarga atau Rakan Kenalan yang akan Percaya kita.?

Kata-kata berbisa dari boss Alibaba.. buat renungan bersama.
Jack Ma Pengasas Alibaba Group:
Berurusan dengan Orang2 yang tidak dikenali, Keluarga dan Rakan-rakan.
Jack Ma pernah berkata, "Apabila menjual(berurusan) kepada rakan-rakan dan keluarga, tidak kira berapa banyak yang anda jual kepada mereka, mereka akan sentiasa merasa anda
mendapatkan keuntungan dari wang mereka, tidak kira berapa murah yang anda jual kepada mereka, mereka tetap tidak akan menghargainya.
Kebiasaannya mereka tidak mengambil berat tentang Kos, Masa dan Usaha anda, mereka lebih rela orang lain menipu mereka, yang membolehkan orang lain mendapatkan keuntungan daripada menyokong seseorang yang mereka kenali. Ia disebabkan di dalam hati mereka akan sentiasa berfikir, "Berapa banyakkah yang dia dapat daripada aku?" dan bukannya "Berapa banyakkah dia JIMATKAN / BUATKAN untuk aku?"

Inilah contoh klasik mentaliti orang2 kolot!
Bagaimana orang yang berjaya menjadi kaya?
Salah satu sebab utama ialah mereka sanggup menyokong perniagaan sekutu mereka, menjaga kepentingan bersama antara satu dengan yang lain dan maka itu secara semula jadi mereka akan mendapat keuntungan bersama.
Rakan sealiran seterusnya akan menyokong anda, dengan itu, bulatan kekayaan terus berkembang dan berkembang.!!
Logiknya mudah sahaja, anda akan mula menjadi kaya sebaik sahaja anda memahaminya.
Komen Jack Ma pada Jualan(sales):
"Apabila melakukan Jualan, orang pertama yang akan mempercayai anda adalah orang asing, sebaliknya Kawan2 akan menghindari anda, rakan2 akan menjauhkan diri dari anda dan keluarga akan memandang rendah atau memperkecilkan anda.."

Pada waktu setelah anda akhirnya berjaya, membayar semua bil2 untuk setiap keramaian dan hiburan bersama-sama, anda akan sedar: SEMUA ORANG YANG MEMPERKECILKAN ANDA ADA BERSAMA KECUALI Orang Asing !!! ðŸ˜Š
Adakah anda memahami makna ini semua???
Kita perlu melayani orang asing lebih baik !! Dan lebih-lebih lagi kepada rakan-rakan yang tahu, memahami apa yang anda lakukan dan masih menyokong anda !!!
Mari kita melayani orang2 asing yang berurusan dengan kita lebih baik bermula hari ini. Mereka adalah PELANGGAN KITA yang terbaik 

Kredit: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami

Cari Blog Ini