Selasa, 26 April 2016

Jawatan Melalui Bantuan ‘Kabel'

SOALAN

Saya mempunyai satu kemusykilan mengenai hukum rezeki yang diperolehi apabila mendapat kerja bukan atas kelayakan tetapi atas dasar direkomenkan oleh pihak atasan. Apakah hukum bagi pihak atasan yang telah merekomenkan B walaupun pada dasarnya B tidak memenuhi syarat kelayakan utk jawatan tersebut seperti calon lain? Apakah hukum pendapatan B kerana secara terang-terangan mengetahui yang dia mendapat jawatan tersebut di atas rekomen pihak atasan? Mohon penjelasan dari pihak ustaz bagi mengelakkan kekeliruan dalam mendapatkan rezeki yang halal.

JAWAPAN



Dalam hal teknik mendapatkan kerja, ada hak yang sememangnya dinikmati oleh majikan atau pengurusan atasan. Jika tindakan pengurusan atasan masih dalam lingkungan ini tanpa dipengaruhi oleh rasuah dan sogokan. Pada penilian saya, tiada sebarang kesalahan juga dari pandangan hukum Fiqh Islam.

Allah swt menyebutkan:

إنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ

Ertinya : sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya ( Al-Qasas : 26)

Berdasarkan ayat terbabit, majikan berhak memilih pekerjanya, namun ayat tersebut membawa mesej, sebaik-baik cara pemilihannya adalah berdasarkan kualiti, merit dan amanah.

Pun begitu, sebagaimana kita faham, apabila ia dimaksudkan ‘terbaik' maka, terdapat cara lain yang masih dianggap ‘baik', tidak buruk dan tidak juga tergolong dalam larangan. Iaitu pemilihan berdasarkan sebab-sebab selain merit tetapi munasabah menurut adat dan praktis yang sihat.

Namun begitu, ia tertakluk juga kepada jenis syarikat. Jika ia sebuah syarikat persendirian, kebebasan dan hak majikan adalah LEBIH BESAR berbanding jika syarikat yang dimaksudkan adalah sebuah syarikat awam atau dimiliki oleh kerajaan.

SYARIKAT SWASTA

Bagi syarikat swasta atau persendirian, preference atau pemberian keutamaan atau rekomen ke atas seseorang calon pemohon pekerja yang dilakukan oleh majikan sama ada oleh Pengurus Besar yang melaksanakan proses interview, atau CEO atau Lembaga Pengarah adalah dibenarkan di dalam Islam iaitu selagi mana keutamaan itu didasari oleh sebab yang munasabah.

Tetapi jika ia disebabkan kerana calon itu lebih seksi, pandai menggoda, punyai hubungan sulit terlarang dengan boss, atau apa jua sebab yang DIHARAMKAN, tatkala itu keutamaan dan cara pemilihan itu turut menjadi haram.

Jika didasari sebab munasabah seperti kerana agamanya, hubungan kerabat, bangsanya, aliran politiknya, kenalan silam, bangsanya dan yang sepertinya, saya kira ia masih di dalam hak majikan. Sekali lagi diingatkan, itu adalah dalam situasi pengambilan pekerja bagi syarikat persendirian.

Pengambilan bekerja adalah berdasarkan kontrak ujr ‘ala amal (upah atas tugas), dalam hal ini, ia serupa dengan kontrak wakalah (agen) dimana kita bebas untuk memilih siapa yang ingin dijadikan wakil kita, berdasarkan preference kita yang tersendiri. Demikianlah juga majikan bebas meletakkan keutamaan tersendiri dalam penilaian perlantikan pekerja di bawah mereka.

Jika calon dipilih kerana dia merupakan anak pengerusi dan pengasas syarikat tersebut yang diharapkan menyambung legasi keluarganya. Sudah tentunya ia tiada sebarang masalah dari sudut hukum walaupun calon terbabit kurang kelayakan berbanding pemohon-pemohon lain. Pada hemat saya, tiada isu pemohon lain dizalimi dalam konteks ini. Ia sama sepeti pemberian sedeqah, walaupun di luar sana masih ramai yang mungkin memerlukan dan juga miskin, kita masih digalakkan oleh Islam untuk mendahulukan ahli keluarga yang juga misikin dan memerlukan berbanding orang luar Sebagaimana hadis nabi s.a.w :

الصدقة على المسكين صدقة وهي على ذي الرحم ثنتان صدقة وصلة

Ertinya : Sedeqah kepada orang miskin mendapat satu sedeqah, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedeqah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan ( Riwayat At-Tirmidzi : Hadis Hasan)

Sebagai tambahan kepada hadis di atas, satu analogi mudah; selaku pemilik rumah, kita bebas memilih kontrator mana untuk kita pilih bagi menyiapkan renovasi rumah kita. Sama ada kita memilih atas dasar hubungan rakan atau skill, ia semuanaya terpulang kepada kita. Katalah kita memilih kontraktor atas dasar dia merupakan kenalan rapat kita, mengenepikan skill, ia dibenarkan dan tiada paksaan dalam hukum Islam untuk kita mendahulukan skill dan merit dalam segala-galanya. Namun apabila kita mengurangkan penilaian terhadap skill, kita perlu menimbang tara kesan kebaikan dan keburukan yang mungkin bakal berlaku terhadap hasil kerja yang disiapkan kelak. Mungkin sebahagiannya terpaksa kita tolak ansur.

Tetapi, jika sesebuah syarikat swasta berfungsi mengendalikan apa sahaja yang melibatkan kegunaan masyarakat umum seperi proses pembinaan lebuhraya, stadium, kompleks membeli belah dan apa jua yang melibatkan KEPENTINGAN RAMAI. Dalam Fiqh Islam skill, merit, pengalaman, kemampuan dan kepakaran MESTI diutamakan berbanding yang lain kerana menggadaikan hal itu kerana mengutamakan sebab-sebab lain bakal membawa mudarat besar kepada orang ramai.

SYARIKAT AWAM

Perbincangan di atas mungkin berbeza, jika ia adalah sebuah syarikat awam (public listed) atau syarikat milik kerajaan, semua pemohon tidak patut didiskriminasi hanya kerana aliran politik, kerabat dan sebagainya. Tatkala itu majikan MESTI PATUH kepada syarat utamanya iaitu merit. Itu mesti dijadikan sebagai ukuran utama.

Ketika itu, faktor-faktor lain mestilah tidak menjadi faktor penentu tetapi hanya faktor penyokong sahaja. Ini jelas, kerana apabila ia sebuah syarikat tersenarai di bursa (iaitu syarkat senarai awam), tentunya majoriti pemilik syarikat mementingkan prestasi. Prestasi memerlukan merit dan skill.

Demikian, syarikat kerajaan, yang mesti memberikan keutamaan secara adil kepada calon dan pemohon. Kecuali jika ia mempunai kuota atas dasar bangsa, itu pterpulang kepada polisi umum kerajaan dan bukan berdasarkan penilaian dan keutamaan peribadi dari seseorang seperti ketua jabatan atau pegawai yang menemuduga.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, jika dirujuk kembali kepada soalan, perkara pertama yang perlu disemak adalah jenis syarikat dan tugasan yang bakal dipikul oleh calon terbabit.

Jika ia syarikat swasta, pada asasnya, majikan berhak berbuat demikian, selagi mana tugasan yang bakal dipikul oleh calon kurang kelayakan itu tidak memebabitkan kerja bagi masyarakat umum, kerana  bimbang mudarat ke angatas mereka.

Jika syarikat yang dimaksudkan adalah syarprikat milik kerajaan, awam atau Goverment Link Companies (GLC), ketika itu tindakan memberi keutamaan kepada calon tidak berkelayakan adalah suatu KESALAHAN.

Gaji pekerja yang berjaya terpilih berdasarkan kaedah SALAH mungkin terjejas dari sudut halalnya jika dia sendiri mengetahui dia dipilih melalui cara yang salah. Jika dia selepas itu, mempertingkatkan usaha dan ilmu sedaya upaya bagi memperbaiki kelemahannya dan setersunya meningkatkan skill dan merit ke tahap yang diperlukan status bermasalah (syubhah) gaji tadi, tentunya kembali ke status HALAL.  Kerana asal gajinya menjadi syubhah adalah pemilihan berdasarkan sokongan tidak sihat seseorang yang tidak boleh diterima sedangkan dirinya kekurangan skill dan merit sepatutnya. Justeru, apabila dia berjaya memulihkan masalah ‘kurang skill' itu, tatkala itu, semua akan berubah Sebagaimana boleh difaham dari kaedah Fiqh :-

إذا زال المانع عاد الممنوع

Ertinya : Apabila hilangnya ‘sebab' kepada larangan, kembali yang dilarang ( menjadi harus)[1]

Dari kaedah di atas, boleh difahami, apabila pekerja yang dipilih walau tidak cukup kelayakan (kerana pemilihan dibuat atas sebab-sebab keutamaan yang tidak diterima), berjaya menghilangkan satu sebab utama (yang menjadikan tidak tidak layak sebelum ini), tatkala itu, jawatannya dikira kembali menjadi HARUS dan HALAL.

Namun begitu, tindakan pegawai terbabit yang melantik dengan cara yang salah tetap dikira suatu dosa atas kezaliman tindakannya atas ketidakadilan mengenepikan calon yang lebih layak serta melanggar polisi di ketika hari pemilihan.

Bagi calon yang dipilih tadi, jika dia sendiri tidak mengetahuinya sejak dari awal, dan kemudian menjalankan tugasannya dengan sebaiknya dan cemerlang. Ia sama sekali tidak menggugat status halal gaji sejak dari awal juga.

Akhirnya, bagi sesiapa yang telah mendapat kerja melalui jalan sebegitu, tidak perlu terlalu risau, apa yang perlu dilaksanakan kini adalah TINGKATKAN KUALITI sehingga berada di tahap yang sepatutnya dan banyakan bersedeqah, itulah kewajiban mereka.

Persoalan sama ada boleh menggunakan ‘kabel' bagi mendapat jawatan jika punyai kelayakan yang sama, dan sama ada itu adalah rasuah, haram atau harus menurut Fiqh Islam. InshaAllah akan dibincangkan dalam artikel yang lain.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

2 Ogos 2010

Khamis, 7 April 2016

INTERNET PALING MURAH.


Sejak kebelakangan ini, kita di kejutkan oleh pakej-pakej yang menarik oleh syarikat telekomunikasi di malaysia.  Ini bagus kerana persaingan seperti ini akan menguntungkan pengguna sendiri.

Pengguna perlu bijak untuk memilih yang mana terbaik.

Disini ada yang paling murah dan paling berbaloi untuk kegunaan di rumah sahaja.

TIME.? Pernah dengar.?


TIME nie ibarat TM la.. Tapi TIME masih baru lagi dalam industri ini.

Nak Tahu lebih Lanjut pasal TIME : http://www.time.com.my/

Pakej Dia..? Perhhh Power..

Powerkan... TAPI.. HMMM TAPI.. COVERAGE ada tak di tempat anda.?

Ya.. setakat ini time paling terbaik..

Macam mana untuk internet di handphone.? sapa yang terbaik.?

TIDAK PERLU TAKAFUL




Prospek : Kalau saya sign up hari ni.. 2-3 bulan lagi saya terminate boleh tak ???

Agent : Kalau encik rasa encik nak ambil Takaful 2-3 bulan pastu nak terminate, saya nasihatkan baik encik jangan ambil.. Encik tak rugi, saya lagi senang hati..

Prospek : Eh.. Kenapa pulak ???

Agent : Bila encik terminate mesti encik nakkan semula duit  yang encik bayar kan ??? Dah tentu encik takkan dapat apa-apa kerana company dah bagi perlindungan pada encik..

Prospek : Habis tu RUGI la saya ambil kalau stop tak dapat apa-apa ??

Agent : Encik rasa rugi sebab dalam tempoh tu encik tak klaim kan ??? Bagaimana pulak situasi jika encik baru ambil sebulan dan encik dah klaim untuk accident beribu ringgit??? Encik rasa RUGI tak ????



Cth nya Baru bayar RM150 dah klaim RM10,000 !!! tak rasa rugi kan... Malah rasa untung nya ada Takaful.. Tapi kesian kan.. Orang yang dok bayar bertahun-tahun tapi tak klaim-klaim.. Lagi rasa rugi... Betul ke ??

Tak de orang yang nak sakit kan ??? Bila kita tak klaim sepatutnya BERSYUKUR sebab Allah bagi nikmat sihat kat kita.. Nikmat Sihat tu lebih berharga dari segalanya.. Takaful yang kita ambil bukan lah untuk KAUT UNTUNG  tapi hanya sebagai PERSEDIAAN bila kita sakit kita ada persediaan kewangan ke arah itu..

Dan encik kena faham.. Bila kita sakit dan kita klaim sebenarnya kita telah gunakan duit sumbangan kawan2 kita yang lain.. Itu lah konsep TAKAFUL... Bagi yang tak klaim jangan risau kerana PAHALA dan ganjaran Allah lebih dr segalanya.. Bantu ringankan beban orang yang ditimpa musibah juga dituntut dalam ISLAM..

Pilihlah TAKAFUL dalam kehidupan anda..

018-9526947

#PruBsnTakaful

Isnin, 4 April 2016

WIFI TIDAK DAPAT AKSES KE INTERNET.

MASALAH: WIFI TIDAK DAPAT AKSES KE INTERNET.

MENERIMA LAPORAN DARIPADA GENG2 YANG MEMBUAT PM+SETTELKAN AP DI BRANCHS PERKESO.
.
SUSAH PADA MULANYA  SUSAH SEBAB TIDAK CUKUP PENGALAMAN.



Saya Dapat Report:

1. user dapat ip yang diberikan oleh Access Piont
2. vlan utk AP vlan 3 ip add 10.206.55.0/24
3. user dapat ip add 10.206.55.12 tapi tidak dapat akses ke internet
4. Config dah betul di switch POE n AP.

Lepas restart banyak kali AP n Switch sama sahaja.. tidak dapat ke internet.

Cara Selepas 1,2 hari Fikir,,
1. refresh ip route 0.0.0.0/0 gateway x.x.x.x/x
-Delete pastu add balik config itu dekat coreswitch branchs
.
Masalah settel.. Knpa Kena buat macam tuh.?

Cari Blog Ini