Selasa, 29 September 2015

Nak tahu Harga KENAPA mesti "PM"




PM harga.? Kenapa tidak letak harga terus jew.!!

"sila PM saya","PM untuk maklumat lanjut","PM harga"

Selalu Peniaga online mengunakan "PM" untuk bertanyakan harga.
kenapa nak PM.? Letak jew harga terus lagi senang. Betul, ia senang
kerana bakal pelanggan or pelanggan akan terus tahu pasal harga dan nilai sesuatu produk.

Tetapi sesetengah perniaga ada strategi sendiri kenapa dia suruh PM or dia akan PM sendiri.
Ya ada alasan kenapa peniaga. Antara alasan nya ialah:



#1.Untuk wujub kemesraan
ya, dari sini peniaga akan dapat berkenalan dengan pelanggan atau bakal pelanggan

#2.Untuk mencari data/maklumat bakal pelanggan.
sebagai contoh, jika peniaga letak harga di jualan online di FB, maka orang sudah tentu tahu
dan jika orang lihat harga mahal atau lari bajet,dia akan buat xtahu dan terus pergi scroll ke bawah lagi. Tetapi
jika nak tahu harga kena PM, maka dia akan PM harga kepada Peniaga tersebut, dari situ harga boleh menjadi
murah lagi dan Peniaga akan kenal Bakal Pelanggan dia suka jenis apa dan harga macam mana.

#3.Update harga or barang kepada bakal pelanggan.
Apabila peniaga sudah tahu pelanggan A suka barang apa dan harga macam mana,
peniaga akan update terus ke pelanggan itu bila barang baru masuk. Ya peniaga akan PM pelanggan A.

#4.senarai bakal pelanggan dan pelanggan.
target peniaga akan fokus kepada bakal pelanggan apabila ia sudah kenal citarasa pelanggan.
Dan akan buat senarai Pelanggan A citarasa apa B citarasa apa. Senarai ini penting untuk target jualan untuk
setiap bulan apabila barang baru sampai.

#6.Networking dan Kemesraan 
Ya, selepas ada senarai citarasa bakal pelanggan maka boleh buat networking untuk tarik bakal pelanggan.
Jika di FB, peniaga boleh minta izin tag produk baru kepada pelanggan sedia ada atau bakal pelanggan.
Tanya kepada bakal pelanggan or pelanggan ada kawan-kawan atau saudara yang minat tentang produk dan
minta tolong suruh promote.(tiada paksaan)

Mungkin ada lagi alasan kenapa Peniaga suruh "PM" ini antara sedikit alasan or strategi.
Ya,memang susah untk bakal pelenggan untuk PM peniaga tersebut. Buang masa. Buatla macam
perniaga biasa di supermarket or pasaraya. Itu Offline, Ini Online. memang sama tapi cara berlainan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini