Rabu, 2 Disember 2015

Khamis, 19 November 2015

Belanja Anda Bagaimana Jika Anda Outstation.?

Assalamualaikum ??







?? Hari ni kita share pasal simple matematik tapi susah nak jawab. ??
Contoh :
Soalan 1?
Apabila suami outstation seminggu, dia tinggalkan RM400 kepada isteri untuk perbelanjaan harian keluarga.
Sekiranya :-
Outstation sebulan : RM400 x 4 minggu = RM1,600
Outstation 2 bulan : RM400 x 8 minggu = RM 3,200
Kalau outstation tapi tidak balik selama-lamanya? ( CONTOH : Sampai Ajal dalam perjalanan, )
Berapa yang ditinggalkan kepada isteri untuk perbelanjaan.
A - Wang belanja sebelum keluar rumah
B - Beban Hutang
C - Simpanan
D - Income Protection
Soalan 2?
Berdasarkan pilihan jawapan soalan 1?, berapa lamakah ianya dapat bertahan?
A - Sebulan
B - 3 bulan
C - Entahlah, saya pun tak tahu
D - 10 tahun
*perbelanjaan mungkin berlainan untuk setiap keluarga
Credit To MS
Nak tau mcm mana nak setelkan soalan Matematik nie boleh hubungi kami

Rabu, 30 September 2015

PERSOALAN UNTUK HARI ESOK



PERSOALAN UNTUK HARI ESOK

Di Mana Kita.?


Secara peribadi.... Kita ️kena check bila berkaitan INSURANS...



1) Adakah kita berisiko terdedah kepada KEMATIAN @ KEMALANGAN

2) adakah masih terdapat tanggungjwb yg digalas...
hutang
nafkah zahir

3) siapa yg paling ️boleh membantu disaat anda memerlukan 50,000 esok hari

4) siapa yg dpt meringankan beban Waris yg tidak stabil emosi kerana kehilangan ANDA yg menjadi tonggak.

5) ada ️tak sesiapa yg sudi menangung RISIKO hilang upaya anda

6) bagai mana persediaan hari tua sekiranya memerlukan rawatan yg berterusan.

7) penat kumpul 100,000 ribu tapi ️kena bayar Upah doktor . Siapa ️boleh bantu?



Cuba anda senaraikan jawapan untuk soalan2 diatas :-

Senarai jawapan
1) Kawan
2) loan bank
3) saudara
4) duit simpanan
5) Pelan insurans yang betul


Untuk Maklumat Lanjut:
018-9526947
Hakam

Jangan Percaya Takaful. Semua Tipu



Tukang sorak kearah negatif pemikiran yang membaca kenyataan negatif terhadap takaful @ insurans ni biasa...

Menang bersorak,kampung tergadai....

Yang membaca kenyataan mereka salah menilai,menerima bulat2 negatif....

Apabila si pembaca menjadi negatif,ikut kata tukang sorak ni.....apa2 pun Tak boleh buat,sudah terlambat....terlantar dihospital dengan guna tunai ditangan sendiri....

Tukang sorak negatif tadi mana?

Hilang.....lari......




Sama juga kawan2 yang memberi pandangan negatif terhadap takaful/insurans........semasa sihat/mampu mereka lah kawan kita.....

Semasa sakit/sempit/susah kemana mereka hilang?

Semua pilihan ditangan anda,anda yang membuat pilihan bukan rakan anda yang bersifat prejudis & negatif tadi.

Takaful/Insurans adalah usaha & ikhtiar kita.....




Allah yang tentukan segalanya.....semoga buat pilihan yang bijak.

Beringat sebelum kena,dah kena asyik teringat-ingat saja.

Untuk Maklumat Lanjut:
018-9526947
Hakam

PERLU KE ORANG KERAJAAN ADA INSURANS?

PERLU KE ORANG KERAJAAN ADA INSURANS?



Keistimewaan pegawai kerajaan di hospital kerajaan ialah mendapat rawatan percuma sahaja. Tetapi senarai menunggu masih perlu diikut jika penyakit anda tidak urgent. Urgent di sini maksudnya ialah kalau tidak dirawat segera, boleh mati. Makin segera kematian kalau tidak dirawat, makin urgentlah kes tersebut. Kalau tak rawat pun tak mati maksudnya tak urgent dan boleh masuk ke senarai menunggu. Dalam senarai menunggu, siapa yang datang dulu dia dapat. Di sini anda perlu faham yang ada sakit yang boleh dirawat dengan ubat tahan sakit. Walaupun orang tersebut mengalami kesakitan sekali-sekala, dan penyakit yang dia alami tidak akan menyebabkan kematian (hanya menyebabkan kesakitan) jadi ada kemungkinan kami akan beri ubat tahan sakit dan orang tersebut masih akan berada dalam senarai menunggu.



Perkara ini memang digunapakai di semua hospital kerajaan sejak dahulu lagi. Saya yang doktor ini kalau mahu mendapatkan rawatan pun, saya perlu ikut procedure ini. Walaupun doktor bedah itu kawan kelas saya dulu. Saya masih kena hormat polisi, undang-undang dan pesakit lain yang sudah berada di senarai menunggu. Jika saya nak cepat, saya perlu pergi ke hospital swasta dan bayar apa yang mereka sudah tetapkan. Melainkan jika saya ada insurans. Insurans akan bayar untuk pihak saya.



Mesti anda tertanya-tanya kan, kenapa kerajaan lembap sangat, tak upgarde sistem ke? Sebenarnya kerajaan dah banyak tambah dan besarkan hospital dan klinik kesihatan. Tetapi saya pun heran, sebab setiap kali kerajaan tambah hospital, tambah staf, tambah besar ruang hospital/klinik, setiap kali itu juga pesakit pun tiba-tiba bertambah ramai memenuhi ruang yang baru sahaja dibuat tersebut. Entah daripada mana semua orang ini datang pun sukar untuk saya kenal pasti. Tetapi, apa yang pasti adalah fasiliti kesihatan kerajaan masih lagi digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia. Berbeza dengan swasta yang hanya digunakan oleh segelintir masyarakat kita terutamanya golongan yang kaya. Kerana itulah pesakit di hospital swasta tidak ramai berbanding di hospital kerajaan. 



Tempat duduk ruang menunggu hospital swasta selalu banyak kosong walaupun tidak begitu banyak kerusi disediakan. Berbeza dengan hospital kerajaan yang tempat duduk di ruang menunggunya (walaupun banyak macam dalam wayang) penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri. Jadi sebab itu, hospital swasta boleh untuk melakukan pembedahan atau apa-apa procedure sebaik sahaja penyakit dikesan. Hospital swasta tidak memerlukan senarai menunggu kerana tidak ramai pesakit yang datang ke hospital mereka. Pembedahan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun sebenarnya ianya tidak begitu urgent. Lagi pun, orang kaya selalunya rajin buat senaman dan makan makanan yang sihat. Jadi mereka biasanya hidup lebih lama dan masih kekal sihat.



Saya bukan nak buat promosi, tapi memang bagus kalau ada insurans. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai yang dah ada penyakit sebelum umur 30 tahun pun. Baru masuk umur 40 tahun ada yang dah masuk hospital banyak kali. Ingat, walaupun anda kerja kerajaan dan dapat rawatan percuma di hospital kerajaan, tetapi anda masih tetap perlu mengikut polisi dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kalau anda jenis kurang sabar, sila ambil insurans untuk anda dan keluarga 

cc:www.facebook.com/DrNurulYusof

Cari Blog Ini