MEMELIHARA CINTA
Allah S.W.T berfirman bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad),’ jika kamu benar-benar mencintai Allah S.W.T maka ikutilah aku, nescaya Allah S.W.T mencintai kamu dan mengampungkan dosa- dosamu.’(ingatlah) Allah S.W.T Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(surah
Ali ‘Imran, ayat 31)
Cinta adalah wilayah tanpa kata-kata. Hati yang mencintai
ibarat taman yang bertaburan bunga,
semua Nampak indah berseri. Tidak ada
keburukan, tidak ada keluh-kesah, seakan dunia adalah syurga tempat memadu
cinta.
Nampaknya,
hati manusia telah dicipta untuk mencintai sesuatu . Sebab, rasa cinta yang
ditanamkan menjadikan hidup lebih indah, bersemangat, dan ghairah. Boleh bayangkan, bila hati tanpa cinta,
semua terasa hampa, seperti hidup dalam ruang kekosongan dan kesunyian. Tidak ada rasa bahagia, gembira, dan duka
cita.
Ayat
tersebut menjelaskan bahawa hati memiliki naluri alamiah untuk mencintai Sang
Pencipta dan keindahan yang diciptakan-Nya.
Maka , apabila seseorang Muslim benar-benar mencintai Allah S.W.T
kesannya adlah menjalankan segala yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. jika memelihara cinta kepada Allah S.W.T,
kita akan merasakan manisnya keimanan, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W
berikut:
“Ada tiga perkara yang apabila terdapat pada diri seseorang, maka dia akan merasakan manisnya iman, iaitu oran yang lebih cinta kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya daripada lainnya, orang yang mencintai seseorang semata-mata kerana Allah S.W.T , dan orang yang tidak mahu kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah S.W.T darinya, sebagaimana dia tidak mahu dilemparkan ke dalam neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim,Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Maka ,
peliharalah rasa cinta dalam hati anda.
Cinta kepada Allah S.W.T cinta Rasulullah S.A.W, dan kepada nilai-nilai
ajaran Islam. Melalui rasa cinta itu,
hatimu menjadi kaya, laksana syurga yang bertaburan bunga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan