KONGSI PELBAGAI ILMU. BIAR TAHU JANGAN KELIRU. MUNGKIN SELESAIKAN MASALAH ORANG LAIN. ILMU BERMANFAAT
Ahad, 12 Januari 2014
Bijak
Tersebutlah sebuah kisah di antara dua cucu Rasulullah, Saidina Hassan dan Hussin…
Alkisahnya begini, di suatu ketika, dua orang cucu Rasulullah yang amat tersohor lagi terbilang itu mengambil wudhu’ bersama-sama di suatu tempat. Ketika itu mereka masih kecil. Tiba-tiba, datang seseorang yang sudah berumur mengambil wudhu’ di kawasan yang sama. Nak dijadikan cerita, wudhu’ orang tua tersebut agak kurang sempurna. Hassan dan Hussin kebingungan memikirkan bagaimana harus ditegurnya perbuatan tersebut. Lalu mereka mengambil keputusan untuk bertanding wudhu’ siapakah yang paling sempurna, dengan menjadikan orang tua tersebut sebagai hakim. Akhirnya, orang tua tersebut perasan yang sebenarnya wudhu’ dialah yang tidak sempurna.
Sangat berhikmahkan Hassan dan Hussin menegur?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan