Selasa, 19 Januari 2016

Apakah Takaful?

SYARIAH DAN TAKAFUL

Syariah
• Syariah adalah perundangan Islam
• Definisi - Jalan lurus
• Muamalat - Perundangan perniagaan contohnya perbank islam, insurans dsb.



Apakah Takaful?
• Al-Takaful, berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud untuk membantu atau menjamin.
• Konsep insurans yang mematuhi Syariah di mana kumpulan peserta bersama-sama bersetuju untuk menjamin satu sama lain menghadapi risiko yang akan timbul sebagai satu Tabarru’ atau derma kepada tabung takaful.
• Konsep perpaduan dan kerjasama antara semua pihak yang terlibat.

Asas Takaful
• Jaminan bersama
• Penyertaan di dalam skim yang dipersetujui bersama
• Membantu satu sama lain menggunakan tabung yang ditakrifkan (tabung tabarru') untuk membayar kerugian yang ditakrifkan

Prinsip Takaful
• Tanggungjawab bersama
• Membantu dan bekerjasama
• Perlindungan bersama

Tabarru’
• Definisi – Derma
• Mengubah kontrak
• Peserta adalah pihak yang menanggung risiko bukannya syarikat
• Pengendali Takaful bukannya pemilik kepada dana tetapi adalah penjaganya
• Pengendali Takaful tidak boleh menggunakan derma-derma tersebut melainkan mendapat kebenaran dari peserta
• Elemen Gharar dan Masyir terhapus serta-merta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini