Jumaat, 26 Mac 2021

4 Perkara anda wajib tahu sebelum Melabur

 

Sumber Tradingview.com


Ada rahsia ke dalam pelaburan saham.?


1) Fundamental Analisis vs Teknikal Analisis

Jangan sesekali terlalu fokus pada fundamental atau terlalu fokus pada teknikal. Nisbah yang selamat dan rasional adalah 70% fundamental analisis dan 30% teknikal analisis. 


2) Urus Risiko Dalam Saham

Jika modal anda RM2,000, pecahkan kepada beberapa saham sebagaimana saranan Warren Buffet. Jangan campak semua modal dalam satu saham. Terlalu berisiko. 


3) Trading Plan

Sila pastikan apabila anda beli saham, anda dah tahu jumlah paras untuk ambil untung dan potong risiko kerugian. Contohnya, tetapkan untung 20% dan rugi 5%. Lebih daripada itu, tinggalkan terus. 


4) Risk & Reward

Pastikan paras cut loss anda tidak jauh dari harga beli. Yang paling penting, harga sasaran mesti berbaloi dengan risiko yang anda ambil. 

Ahad, 2 September 2018

SAHAM

PERANG US DGN CHINA

Ahad, 29 Oktober 2017

MBO BUKA CAWANGAN BARU.!!


Buka Cawangan Ke-26, MBO Cinemas Beri ‘Pengalaman Baru’ Menonton Wayang Buat Warga Kuantan


Bosan Hujung Minggu..? students Politeknik dekat Kuantan buat apa hujung minggu.?

Apa kata berhibur menonton filem terbaru sebab MBO Cinemas (MBO) dah bukak cawangan ke-26 di Kuantan City Mall baru-baru ni! Wow! Terdapat 6 skrin standard di samping 3 ‘skrin istimewa’, menjadikan 9 jumlah dewan pawagan boleh dinikmati 1328 penonton dalam satu-satu masa. Besar jugak kan?

Nak tau apa ‘skrin istimewa’ yang ditawarkan MBO? Haa, itu maknanya korang boleh enjoy 3 konsep tontonan yang unik dari jenis hall berbeza antaranya MBO Kecil, MBO Big Screen dan MBO MX4D. Memang enjoy habis dengan yang tersayang!

klik link dibawah 

http://hkm94.sharethisstory.net/my-801742-11522?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

BARCA CATALONIA.


Bercuti di barcalona spain. Itu dulu, sekarang Catalonia.

http://hkm94.sharethisstory.net/my-801742-11520

Selasa, 11 Julai 2017

PENGAJARAN SEWAKTU RAYA 2017


CATATAN INI HANYA PENDAPAT PERIBADI TIADA KAITAN DENGAN SESIAPA

Assalamualaikum.



.
Raya 2017. Antara aku dapat.

.
Point,
1.Jalan hidup.
Yes.. ramai yg dah berkerja dah masih belajar.. bkn yg tidak smbung belajar adlh tidak pndai. Yg smbung bljr adlah rezeki. Enjoy yr life as a student. Tidak smbung bljr itu lah peluang utk bljr tanpa sukatan yg tiada dlm u d dunia.

2. Bdk kemahiran
Sapa2 yg sambung bljr tpi di bidang kemahiran.. org akn pndang rendah. So kau kena buktikan pada org itu, dia salah.. jgn plak kau hanyut dgn pndagan masyarakat. Hidup kamu, acaun kamu.

3. Pengangur
Lepasan ipt biasa akn ambil masa utk dptkan kerja.. sabar kerja ap yg ada.. supermarket or mall just work for yourself. Rezeki xprnah lambat.
Alasan akn mmbunuh diri kamu. Kamu bkn student.. kamu manusia yg ad ilmu.

4. Kewangan.
Lepas kerja.. Gaji bagi kt ibubapa walaupun rm10 sbulan.. kau kena beza ap yg keperluan atau kemahuan. Jgn trpengaruh dgn kereta mampu milik. Ad org kata kereta mampu milik ialah HONDA. WTH. Ukur baju sndiri dgn saiz kita. Kalau M pakai la M. Jika barang itu harga rm20 slepas 2tahun hrga rm19 bleh dijadikn aset. Kalau rm50, slpas 2tahun jdi rm10.. jgn pilih barang ini. Kamu bijak, jgn biarkan org lain kotorkan jalan hidup kamu.

5. Matlamat
Ramai yg ad matlamat hidup.. antara realistik atau tidak. Apa yg kamu hendak capai sebelum umur 25/28/30/35? Mesti jelas. Cth miliki rumah sbelum umur 28. So kau start skrg kena bljr ilmu hartanah. Bljr kt FB byk..

6. Jodoh atau bodoh
Kau dah habis bljr. Ad dah kerja. Xperlu cinta sama mcm sama sekolah.. pendek kata senang SANGAT kena tipu. Jika ada masa utk memilih, pilih laa sampai betul2 puas hati. Xkan jumpa yg perfect. tamat masa memilih kau akan dipilih. Jodoh hanya dirancang, bercinta sampai roboh KLCC dah tu bkn jodoh. Move on. Bodoh adalah hilang harga diri atau maruah diri semasa bercinta. Siap bangga ada ex ramai. (Laki/prmpaun yg baik xkan tanya kisah silam. Maaf aku jahat)

7. Bukan pertandingan.
Tidak perlu hebohkan bukannya pertandingan. Apa yg dicapai xyah bangga sangat. Bersahaja. Setiap org ada jalan cerita. Jdi A xperlu la rendahkan B. Tak smestinya gagal akn terus gagal. Jangan tinggi sangat, jatuh sakit. Jgn lama sgt dk tempat tinggi kan jatuh susah nk selesa.

8. Gaya Sedar
Ak tgk seorang ayah shopping baju raya. Gembira anak kecil itu. Senyuman manis tahap diabetes. Yes baju raya tapi di kedai BUNDLE seringgit shelai. Bagus si ayah sedar akn keadaan semasa. Ak tgk anak muda. Yes bergaya butik di mall pasti. Ad duit semua jalan. Brjimat jgn ikut trend sgt. Kita biasa bkn raja.


SEKIAN ITU SAJA.. XDE ORG BACA POM KAN

.



Khamis, 16 Februari 2017

APLIKASI TERBAIK..!!! Haram

Aplikasi Larangan!

Nak share sikit apps korang boleh guna secara FREE tapi syok woo!! Untuk pengguna Android je lah. Apa guna pakai Data Unlimited tapi asyik main FB/IG dan bulan-bulan bayar bil A****.
1) Mobdro
Ini aku paling suka. Korang boleh layan movie, sport, news dan macam-macam lagi. HBO, Animal Planet ahhh macam-macam ada! Tapi ini takde subtitle.
https://www.mobdro.com
2) Popcorn Time.
Layan movie-movie terbaru kat panggung. Tapi ini kena tunggu sikit lah sebab dia nak streaming lama. Benda free, bawa-bawa lah bersabar geng.
https://popcorntime.sh/en
3) Fildo
Ala-ala itunes kot. Korang layan lah music sampai pitam. Boleh download lagu on the spot.
http://fildo.en.uptodown.com/android
4) Aptoide
Yang ini, buat kaki games mungkin korang suka lah. Download games yang berbayar secara percuma. Aku try download Grand Theft Auto. FOC! Tapi dah uninstall. Tak minat nak main game kat phone.
http://aptoide.en.uptodown.com/android
5) Adguard
Takde yang special sangat pasal apps ni. Aku suka sebab dia block apa yang aku tak nak. Boleh save banyak Bandwidth.
https://adguard.com/en/adguard-android/overview.html
Amaran : Untuk mereka yang berani sahaja. Kelembapan phone atas tanggungjawab sendiri. Kalau pakai phone RAM 1GB tu fikir-fikirkan lah. ada banyak lagi apps yang best²

Kredit: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10212130272081205&set=a.3518164601973.2162022.1507767914&type=3&theater

Selasa, 4 Oktober 2016

LAJUKAN LAPTOP ANDA

Biasanya laptop lembap/slow laptop lama dah bertahun tunggu.

So, cara salah satu daripada berjuta langkah nak lajukan laptop anda.
PENTING TAMBAH RAM DULU.

ikuti langkah ini.

1

2
Pilih2

lepas pilih clik OK

3
dia akan scan file2 yg merepek. makan masa sikit

4
Nah Pilih dan OK

nak lagi dia tanya.. Delete je

4
Dia Buang laa tu.

NOTE:Step ini mungkin akan hilangkan fail lama anda.!!!





Nak Cari Model Laptop


Bila nak tambah RAM dan nak repair mesti ada orang tanya, Model Laptop apa ya.?
Khas Untuk Orang lupa.


Untuk Window lain boleh guna taip dia ruangan Find atau search.


Ikut je langkah. eh taip je la systeminfo


Haa. Kan dah keluar Jenama laptop dan model laptop..

p/s:step nie mungkin tidak boleh diguna pakai oleh sesetengah jenama laptop. TAPI cuba dulu


Isnin, 3 Oktober 2016

Macam mana nak tahu RAM Laptop/PC


Ikut langkah-langkah Mudah:

1.Contoh dibawa dibuat WINDOW 7,untuk Window 8.1 dan 10. Langkah ini masih boleh dipakai.

2. Paparan kedua boleh adalah paparan sebenar penggunaan RAM di laptop/Pc.

p/s: Laptop/PC ada yang memaparkan untuk RAM 4G, dia memaparkan Total 4123. Jangan Keliru
kerana dia masih RAM4g



Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal

Iskandar Zulkarnain dan tenteranya terpaksa mengharungi terowong yang panjang dan gelap. Tiada api dan cahaya. Di tengah-tengah perjalanan, mereka terpijak batu-batu yang begitu banyak bertaburan. Ada orang berkata, terowong ini kaya dengan emas dan berlian. Apa lagi, ada yang mula mengutip batu-batu tersebut hingga penuh tangan. Ada yang gunakan baju untuk dijadikan pemegang batu-batu. Ada juga yang tidak percaya dan tidak mengutip apa-apa pun.

Setelah sekian lama berjalan dalam gelap, ada di antara mereka merasa letih lalu melepaskan batu-batu yang mereka bawa. Akhirnya mereka mula nampak di hujung terowong. Dalam samar-samar mereka telah lihat, batu-batu yang mereka bawa adalah betul-betul emas dan berlian. Ada yang minta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah balik ke tengah terowong. Tapi tak dibenarkan.

Bila mereka keluar dari terowong, maka penyesalan yang amat hebat terasa oleh tentera-tentera Iskandar.

Semua menyesal. Tiada yang tak menyesal.

1. Paling menyesal ialah yang tidak percaya langsung. Tiada langsung emas berlian yang dibawa walaupun sudah mempunyai peluang.

2. Yang bawa sikit pun menyesal. "Kenapalah aku bawa penuh tangan je. Patut tadi aku gunakan baju, kain dan sebagainya untuk angkut emas dan berlian tu."

3. Yang bawa penuh baju pun menyesal. Aku patut pinjam kain-kain dari orang lain. Aku patut gunakan mulut untuk angkut emas dan berlian-berlian tu.

4. Yang paling menyesal juga yang mula-mulanya percaya. Tapi separuh jalan lepaskan batu-batu kerana tidak yakin, kerana letih dan malas.

Begitulah gambaran penyesalan kita bila sampai ke alam akhirat. Semua menyesal. Tiada yang terkecuali. Ketika sakaratul maut, kita akan di nampakkan gambaran di mana nasib kita di akhirat. Ketika itu roh kita meronta-ronta tidak mahu meninggalkan dunia jikalau gambaran yang tidak baik ditunjukkan. Seperti mereka yang meronta-ronta untuk balik ke tengah terowong dan minta kebenaran untuk balik semula. Tapi bila roh di halqom, ternyata sudah terlambat.

Bila sampai di akhirat, semua orang akan menyesal. Yang soleh dan solehah menyesal kerana masa yang berlalu tanpa dimanafaatkan untuk meningkatkan amal ibadat supaya dapat darjat yang lebih tinggi. Yang kadang-kadang soleh kadang kadang menentang Allah lagilah menyesal. Ada amalan. Tapi sikit. Dosa menimbun.

Orang-orang kafirlah yang paling menyesal. Terutama mereka yang dah sampai seru, faham pasal Islam, tapi pilih untuk tidak beriman kerana ego, pangkat dan harta dan sebagainya. Orang yang asalnya Islam tapi meninggalkan agama lagilah menyesal. Seperti mereka yang mula-mula kutip batu, tapi lepaskan. Di akhirat nanti merekalah yang paling menyesal.

Itulah gambaran penyesalan di akhirat. Diceritakan penyesalan mereka dalam Surah As-Sajadah. Ahli Neraka merayu pada Allah, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya kami telah lihat dan dengar kedahsyatan akhirat, kembalikanlah kami ke dunia untuk beramal soleh, sesungguhnya kami telah benar-benar yakin."

RENUNG²KAN LAH
MENUNG²KAN LAH
FIKIR²KAN LAH

assalam masih ada masa & umur buatmu gunakanlah sebaiknya

Jumaat, 23 September 2016

Cara Nak Reset Bios Password

I just found the dos program for acer product call "clnpwd". Very easy to use this trouble shoot. Actually i already try another solution such as reset cmos using jumper, unplug cmos battery, using hiren boot and etc. But all the solution failed.



Please refer to below step : (You need standby 1 USB Storage and need to format it)

1) Download clnpwd.zip with this link : www.mediafire.com/?6g4v2q2yvo173q9
 **If the link got problem, you can search by google "clnpwd.zip"

2)Then, extract the file. You will found folder dos, clnpwd.exe, and HP USB Disk Storage Format Tool.

3)Open folder Dos, extract Boot_dos.zip to folder clnpwd.

4)Install HP USB Disc Storage Format Tool. After finish install, you need to run this progam using administrator. (Right click to the icon HP USB Disc Storage Format, select run as administrator)

5) THIS STEP NEED TO FORMAT YOUR USB STORAGE. MAKE SURE BACKUP YOUR DATA  FIRST.
At HP USB Format Tool, select your usb storage.
File system : FAT - for usb storage below 2GB
                    FAT32 - for usb storage more than 4gb
Format Option :
 Tick Quick Format and Create a DOS startup disk - using DOS system files located at : (browse folder boot_dos and select it.

After that, click START. After finish, close the program.

6) Open folder clnpwd, copy folder boot_dos and clnpwd.exe to your usb storage.

7) Your usb storage now ready to help you reset bios password.
Plug-in usb storage to your acer laptop, turn on the laptop, tap F12 until appear Boot Menu.
Select USB. (If not in list, you need to unplug laptop hard disc. On laptop without harddisc, no need to tap F12)

8) If your usb storage got install properly, your laptop will boot dos program.
On dos program, type as below:

c:>clnpwd.exe   TAP ENTER

You will got :
ACER CLEAN PASSWORD UTILITY V1.0
Press 1-3 to clean any password shown as below:
 1. User Password
 2. Supervisor Password
 3. HDD Password

What you need to do is: key in number Password you want reset.
If you not sure, you can try all. Haha.

9) Reboot your laptop. Press F2 to check the password required appear again or not.
If still appear, you need to find anoter solution. GOOD LUCK ;-)


*** THIS TUTORIAL IS UNDER YOUR OWN RISK
***COMPUTER KNOWLEDGE REQUIRED. DON'T DO IF YOU NOT CONFIDENT.
***THIS TUTORIAL MAYBE NOT SUCCESS AT CERTAIN LAPTOP
***JUST SHARING TO ALL. SHARING IS CARING.

cc: http://akidadammdyusup.blogspot.my/2013/12/laptop-acer-bios-password-cleaner.html

Selasa, 7 Jun 2016

Pahala berterusan



Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?
Mari kita baca jawapannya...
------------------------------------------------

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Satu
 Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)

👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Dua
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Tiga
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Empat
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Lima
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

Enam
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa.

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.

Rabu, 1 Jun 2016

Rezeki Kita Tidak Sama Dengan Jiran Kita

Tazkirah..

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni 😊
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

Selasa, 24 Mei 2016

Petua Murah Rezeki

Petua Murah Rezeki




✅1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
✅2.Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
✅3.Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
✅4. Letakkanlah d bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
✅5. Jika kamu hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).
....................................
✅6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
✅7. Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
✅8. Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................  
✅9. Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
✅10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yg telah berbuat jahat kpdmu dari menghinamu, menyebarkan fitnah & menzalimimu.
....................................
✅11. Setkan pada handphone kamu,  penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al-fatihah @ al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia...

Rabu, 18 Mei 2016

Bersyukur Dengan NikmatNya




Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.



Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.



Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.



Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

subhanallah!
ungkaian muhasabah diri. perkongsian.

Isnin, 16 Mei 2016

SELAMAT HARI GURU

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Ganjaran Berganda Untuk Guru

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831)



Pengajaran:

1.  Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak serta menasihat kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2.  Orang yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang  agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati  oleh orang yang belajar dan beramal.


3.  Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Sempena Hari Guru, ayuh kita menjadi guru - paling tidak kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. JOM kita rebut peluang menyimpan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan mendidik, mengasuh dan mengajar orang lain.  Hadis Rasulullah SAW:
إِذَامَاتَ الإِنسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّمِن ثَلاَثَةٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍصَالِحٍ يَدْعُولَهُ
“Apabila seseorang manusia mati, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajar dan anak solleh yang mendoakan untuknya” (HR Muslim No: 3084)

# Selamat Hari Guru. Semoga Allah merahmati dan memberkati jasa Ustaz dan Ustazah di dunia dan di akhirat, آمين يارب العالمين.

SIFAT BAIK MEMBAWA KE SYURGA

SIFAT BAIK MEMBAWA KE SYURGA

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:

_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_




Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:

_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_

Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.

Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.

Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.

Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.

Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.

Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.

Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:

_"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."_

_"Tapi…"_

_"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"_



1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.

_"Muaz  berkata, subahanallah."_

 _"Lagi...?"_

2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.

_"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"_

3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.

_*Subhanallah...*_

*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*

*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula dekati kita, kita tak hairan..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....

Khamis, 12 Mei 2016

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, memulakan pengajian kitab tafsirnya seawal tahun 1979. Kali pertama mengkhatamnya adalah pada tahun 1999. InsyaAllah esok, 13 Mei 2016 merupakan kali yang kedua.

Ini bermakna pengajian tafsir beliau mengambil masa hampir 20 tahun untuk ditamatkan. 40 tahun, dua kali khatam. Gigih dan istiqamah beliau, tak pernah jemu mendidik masyarakat tentang Islam. Usianya dihabiskan bersama Islam, menerangkan ilmu-ilmu sekaligus memperjuangkannya sehingga tertegak di bumi Allah, tanpa pernah mengadu penat dan letih.

Jemput semua yang pernah menimba ilmu darinya, sama-sama kita raikan beliau. Tuan Guru tak pernah minta diadakan program seumpama ini. Inilah sedikit inisiatif kami bagi menghargai segala yang telah dicurahkan.

Walaupun sebenarnya majlis ini terlalu kecil dibandingkan dengan apa yang beliau korbankan, anggaplah ini hadiah hari guru buat beliau, dari kami anak-anak muridnya.   Jemput blake hok mana brase anok murid dia

Rabu, 11 Mei 2016

Tips Sewa Rumah Untuk Disewa


Tips Sublet Kubis 😎




1. First knl pasti niche kita, mksdnya siapa yg berpotensi mendiami bilik sewa kita, adakah ada kolej ataupn pst pngajian di situ. Xsmstinya pelajar kita nk trget, kita kena tgk faktor peluang pkerjaan yg blh menarik org mendiami kwsan itu. Cth sy ambik damansara damai, ia tidak jauh dfn sungai buloh. First kita blh nmpak KTM dan MRT bakal siap xlama lagi pn dh bt tmpt tu lg rmai org nk tggl berdkatan public. Second Hospital Sungai Buloh pn ada potensi tggi. Byngla brp ramai nurse or MA yg nk cari rmh berdekatan dgn hspital. 

2. Second kita tgk tmpt tu crowded x, sebab lagi crowded lagi bagus utk kita buat sublet tempat tu taw.. Nk thu crowded ke x? Adoiii, ape ssh p waktu mlm p check parking tempt nk sublet tu, kereta limpah luar pagar x.. Kalau limpah so...hehe




3. Third, BUDGET???... Yg ni dok pening mana nk cari duit nak2 rmh yg kosong dan ade minor kerosakan kan... Yg ni mhl sikit nk kongsi sbb rmai dok tye zero cost modal cm mana...hehe, kalau mls nk pikir pnjg pasang jv ramai2 setakat sumbang 2k sorang pe dehal.. 
5 jv x rm2000 = rm10000
Banyak tu... Berapa rmh dpt tampung kalau modal byk nie. Paling byk pon 3 je kot, kalau dpt tapau perabot terpakai murah giler xheran dpt buat 5 sublet pon..muahehehe.. Zero...Zero..Zero, nk jgk xpKai modal eh.. Yg ni sy share nanti kalau rajin la..sbb nk tgk brp org btl2 minat nk buat sublet... Ok x...

4. Nk buatt pape bisness pn kena la buat case stdy sikit dan survey, xkn smua nk langgar kan. Taw la muda lagi, tp xkn nk org muda je rugi, krg muda pn nk utg. So survey la perabot2, peralatan elktrik yg dpt tapau murah. Kalau dpt tarik hati sy, maybe sy blh bg cntct2 perabot murah nie..yg penting #shellout dulu baru sembang...hehe

5. Semua dh dpt, tp mana nk cari tenant??? Yg ni pn nk tahu jgk.. k2, bab iklan ya... Meh nk list, xsalin lagi xtaw la...
- mudah.my
- ibilik
- FB
- Instagram
- TRIVAGO
- AGODA
- website (blogspot)
- twitter

👆 yg ni rasanya sakit telinga nk jwb pggilan, cara offline nnti mase ngopi yer, nk tgk sapa berani blnje sy bgi tea o swam segelas. Semua teknik offline sy bagi..hehe



6. Tempat dh cari, kawsan dah pilih, budget dh rancang, case stdy n calculation pon dah dan iklan pn dh ade la sumber sikit. 
Alamak Owner nk deal mcm mana??? Bagitau kita ejen sllunya masam muka, nk mkn komisen la, nk utg ats angin la. Adoi mslh2.. Sah kn nk dpt tenant, nk dpt rumah dari owner pn ssh nie.. Nk teknik??? Ok laaa sy bagi lagi.... Kalau kita offer kat owner, kita urus dari A-Z pasal rumah dia agk2 dia nk x bagi. 
- tolong kutip duit sewa
- cuci rumah dia
- byr bil2 air, api, maintenance n dll
- sembang sikit bgtau kita dh buat lebih 10 rmh. So....xmahu lg. Bgi gmbr kt google sikit kasi tngok.hehe.. Nk nipu pn agk2 la jgn lbih2..hehe.. 
- jumpa depan2 la, pakai sopan mcm ejen insurance baru dia tgk budak ni kalau aku bg 10biji pn xpe.
- cara ckp sopan la.
- bwk la ala2 agreemnt kasi dia tgk bru nmpak pro..kata faiz klcc blh tumbang bab sembang nie..hehe

7. Deal dgn tenant... Ermmm, ni satu hal gak, sblm deal otai2 bgtah kena tapis. Tp xkn penapis santan besar sgt lubang tu, pakai santan la. Sblm jmp tu bg la form suh dia isi. Form? Form ape eh, nk isi ape? Cm mana nk buat? Online plk tu. Pro sgt dh nie...hehe.. Yg ni mahel sikit, abg pn xde org payung, tp kalau sapa bg kt abg payung mas abg bg form abg bagi tengok trus.. Tgkk terkejut x..hehe

Jadikan Rumah Yang Memberi Duit kepada Kita


8. Kontrak/Agreement
Nk reka xreti, nk tulis syarat apa pon xtahu... Xyah pening, abg ni keje kt legal firm, meh kasi abg buat.. Semua nk buat ni, hbis banfla xde kerja.. Actually agrememt ni kita blh charge kt owner dan tenant. Jgn smua nk tggung, diorg pn fhm, jgn la charge merapu..agak2 la org mampu byr. Ayt last bagitau mase lepas ckp hrga agreement, harga ni kita share dua, baru lah nmpak adil..hehe 

Adoi, makin lewat nk g amik van nk punggah katil nie..silap tulis pnjg2..hehe, meh la nk teman g kt lubuk katil murah. Condition 11/10 taw..tilam 10inchi kot...

Xpuas hati lagi ke mcm xckup eh.. Ajak la minum ke, buat2 mcm nk buat jgk bru sedap nk share..hehe


👇👇👇

#teamsubletselangorkl
#subletterlajaklaris

Selasa, 10 Mei 2016

Berniaga tapi kena rompak dengan abang long tiap hari

Sharing is caring                     


 Semalam ada seorang usahawan message saya...Dia tanya,....
"Macam mana Dr cakap hari tu business kita dirompak yea? Saya tak faham"
Haha (saya tergelak jahat) ...entah-entah ini soalan dari seorang perompak,
Contohnya mcm ni dik .. Katakan hari ni adik dapat hasil jualan RM100 ..lepas tu adik simpan dlm poket. Sedang drive nak balik rumah..tetiba nak isi minyak keta pulak.. adik pun singgah Petronas.. pump minyak RM50, kemudian adik pun masuk kedai MESRA .. beli jajan untuk diri sendiri RM10.
Adik amik duit RM50 + RM10 tu semua dari poket sebelah kanan ..yang adik letak duit hasil jualan RM100 tu. Duit tu sekarang dah tinggal RM 40 jer kan ?


Adik pun balik rumah tanpa rasa bersalah ..menyanyi pulak lalalla lalalalal....tanpa ada niat nak menggantikan semula duit RM 60 itu, So sekarang..Adik dah di kira mencuri duit hasil jualan sendiri. Itu yang kita kata Merompak Perniagaan sendiri.
Kemudian dia reply.... " Tapi... itu kan duit bisnes kita, suka hati kita nak belanja macam mana kan'
Saya jawab...."Ye memang suka hati kita lah..kalau dah melingkup pun suka hati kita lah nak menanggung" (ni jawab dalam hati jer) hehe ...Ni yang saya ckp betul "Yea ...Hasil jualan tu ialah pendapatan adik...adik punya ... tapi ianya perlu di agih-agihkan ikut keperluan... asingkan 20% untuk simpanan, 20% untuk belanja harian, 60% lagi untuk rolling modal berniaga" .
Dia pun reply.... OOOO faham-faham... patutlah duit jualan tak tau pi mana..hahaha (ketawa perompak yang bertaubat...agaknya lah dah bertaubat..haha).



Kesimpulan dari cerita ini. Abang Long sebenar adalah diri sendiri(Nasfu).

Cara nak mengatasi ialah buat satu akaun khas untuk perniagaan kita.

share group #jombantu

Cari Blog Ini