Isnin, 7 September 2015

Kenapa Mesti TAKAFUL.?

JIka Aku Tahu Esok Aku Akan..

KENAPA mesti TAKAFUL.

Dalam kehidupan ini,ada benda yang kita boleh jangka contoh keputusan peperiksaan,
cemerlang atau tidak bergantung dengan usaha kita. Disitu kita boleh tahu apa keputusan
peperiksaan kita jika kita berusaha lebih dari orang lain. Tetapi adakalanya kita dah
berusaha sehabis baik dan keputusan kita tidak memuaskan. Hampakan.?

Itu kisah dalam usaha untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Susah jugak untuk kita ramal apa akan berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Kerana kita tidak boleh ramal apa yang bakal terjadi dalam hidup ini, saya syorkan
anda mengambil takaful. Kenapa agaknya kita perlukan takaful.? Bila masanya nak guna takaful itu.?
Badan masih sihat,muda kenapa nak ambil takaful.?

Mungkin soalan ini yang kita ada bila bercakap mengenai takaful. Ya, semasa kita sihat atau tidak sakit
buat apa perlukan takaful?



Jika soalan itu bermain difikiran kita, lalu biarkan kita fikir juga apa bakal kita lalui untuk hari esok.?
ESOK.?
Sakitkah esok.?
Kemalangankah esok.?
Kematian esok.?
Sihatkah esok.?
Kos Hospital.?
Simpanan anda.?

itu untuk soalan diri kita. tetapi macam mana:
Isteri anda.?
anak-anak anda.?
Ayah ibu anda.?
Hutang Rumah anda.?
Hutang Kereta anda.?
Hutang Pendidikan.?

Fikirkan juga perkara diatas. Ya kita boleh berkerja lagi ketika sihat.
esok lusa minggu depan,tahun depan.?
sihat lagikah.?

Muhasabah Diri Sebelum Musibah.

Untuk Maklumat Lanjut:
Call/whssp/Msg
HAKAM
018-9526947


Medical Card Untuk Semua.


Belum Terlambat Untuk Anda


Medical Card(3 in 1)

1.Manfaat Perlindungan.
*Pampasan Kematian/Lumpuh
*Kemalangan/Cacat Kekal
*36 Penyakit Kritikal
*Elaun Tahunan TPD
*Sumbangan PERCUMA jika berlaku Penyakit Kritikal terhadap Peserta
*Sumbangan PERCUMA jika Berlaku kematian,Hilang Upaya Kekal atau Penyakit Kritikal terhadap Pembayar.(Bapa/Ibu)

2.Manfaat Hospital
*Kad perubatan bagi membayar Bil Hospital antara RM600,000 hingga RM 4juta Secara online
*Kemasukan terus ke lebih 68 Hospital Pakar yang menjadi Panel di seluruh Malaysia
*Elaun Cuti sakit akibat Kemalangan

3.Simpanan Pendidikan/Persaraan.
*Pelaburan di dana-dana yang diluluskan di bawah undang-undang syariah sesuai dengan keperluan dan toleransi risiko
*Kadar pulangan yang ditinggi 
*Pelaburan boleh ditambah pada bila-bila masa
*Membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk apa sahaja tujuan dengan hanya meninggalkan baki unit sekurang-sekurangnya RM1000

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi Saya:
018-9526947(whsp/call/mssg)
Abdul Hakam

Rabu, 19 Februari 2014

KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA.




Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"
Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti di bersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh di gerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...

Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"
"Tetapi...,Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...
Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...
Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan...
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...

"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal....., Dia terkadang lupa betapa berharganya dia".

SUMBER: www.youtube.com/watch?v=lXyOwcLXQug&feature=share

Ahad, 12 Januari 2014

Bijak



Tersebutlah sebuah kisah di antara dua cucu Rasulullah, Saidina Hassan dan Hussin…

Alkisahnya begini, di suatu ketika, dua orang cucu Rasulullah yang amat tersohor lagi terbilang itu mengambil wudhu’ bersama-sama di suatu tempat. Ketika itu mereka masih kecil. Tiba-tiba, datang seseorang yang sudah berumur mengambil wudhu’ di kawasan yang sama. Nak dijadikan cerita, wudhu’ orang tua tersebut agak kurang sempurna. Hassan dan Hussin kebingungan memikirkan bagaimana harus ditegurnya perbuatan tersebut. Lalu mereka mengambil keputusan untuk bertanding wudhu’ siapakah yang paling sempurna, dengan menjadikan orang tua tersebut sebagai hakim. Akhirnya, orang tua tersebut perasan yang sebenarnya wudhu’ dialah yang tidak sempurna.

Sangat berhikmahkan Hassan dan Hussin menegur?

Ahad, 15 Disember 2013

SOLAT JENAZAH SECARA RINGKAS




Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++  "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri :)
++  Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah.

Syahirul.comal-azkar.blogspot.comSiputonline.blogspot.com [ustaz azhar idrus], Al azim.com 

Khamis, 12 Disember 2013

KENAPA BUKAN SAYA





KENAPA TAK ROGOL SAYA ?
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu ♥ ♥ ♥

Rabu, 11 Disember 2013

ILMU IKHLAS



ILMU IKHLAS

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,"
kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui
di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar,
melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni
yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi
batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya
seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi
hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak
ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!"
Ujar si murid.

PENGAJARAN"Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.
Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa
hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.
Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"

https://www.facebook.com/berniagasunnah

Cari Blog Ini