Isnin, 18 Mac 2013

NABI IDRIS A.S

A.Nabi Idris a.s. Semasa Kecil.
Nabi Idris a.s. dilahirkan dan dibesarkan di sebuah daerah yang bernama Babylon.Sejak kecil,Nabi Idris a.s. telah berguru tentang kehidupan dan pelbagai perkara kepada Nabi Syits.Kemana pun Nabi Syits berdakwah Nabi Idris akan sentiasa menemaninya.

Nabi Idris a.s. adalah pemuda yang sangat bijak,pandai dan memiliki aspirasi yang tinggi. Nabi Idris a.s. dilahirkan seratus tahun selepas kematian Nabi Adam a.s. dan merupakan manusia pertama yang belajar menulis.Nabi Idris a.s. juga adalah manusia yng menemui sains astronomi dan aritmetik. Sebagai nabi, nabi Idris a.s. dikurniakan pelbagai kepandaian oleh Allah SWT.
Selain pandai menulis, membaca,mengetahui ilmu alam dan ilmu matematik, Nabi Idris a.s. selalu membuat pakaiannya sendiri dengan fesyen yang indah.
Selain bidang itu, Nabi Idris juga dianugerahkan Allah SWT pandai membuat rumah dengan binaan sederhana tetapi indah. Rumah-rumah yang dihuni manusia pada ketika itu, meniru reka bentuk rumah Nabi Idris a.s.Kelebihan-kelebihan Nabi Idris a.s. tersebut di manfaatkan untuk mengajak orang melakukan kebaikan, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran.


B. Singa daripada Segala Singa.
Dalam misi kenabiannya, Nabi Idris a.s menerima wahyu daripada Allah SWT melalui Malaikat Jibril sebanyak 30 shahifah iaitu 30 helai firman Allah SWT yang perlu disampaikan kepada umat manusia. Nabi Idris a.s menetang manusia yang menyembah manusia yang mengagung-agungkan patung atau berhala. Selain itu, Nabi Idris a.s. juga menganjurkan kaumnya untuk melakukan puasa sebagai latihan untuk mengawal nafsu.
Nabi Idris a.s di dalam Al-Quran digolongkan sebagai manusia yang sabar. Seringkali Nabi Idris a.s mendapat dugaan tetapi semua itu dapat di atasinya. Nabi Idris a.s. percaya bahawa Allah SWT akan menolongnya. Dalam berdakwah, pasti ada manusia yang menolak ajarannya dan berasa tersinggung. Malah mereka melakukan kezaliman dan bersikap kasar terhadapnya. Namun, Nabi Idris a.s. tetap tenang menghadapinya.
Nabi Idris a.s sering bertindak tegas terhadp orang-orang yang tidak beriman dan zalim.Selain tegas, Nabi Idris a.s adalah seorang yang gagah berani dan tangkas menunggang kuda. Nabi Idris a.s. dan pengikutnya selalu menang dalam peperangan melawan orang-orang zalim.
Oleh kerana kegagahan,keberanian serta kecerfikan itulah, Nabi Idris a.s. digelar sebagai asadul asad yang bermaksud "singa daripada segala singa" .


C. Nabi Idris a.s diangkat menjadi Nabi.


Selama puluhan tahun berdakwah, Nabi Idris a.s. hanya mendapat beberapa orang pengikut sahaja. Namun, Nabi Idris a.s. tetap tegar dan tidak pernah putus asa. Nabi Idris a.s. tidak mahu memaksa suatu kaum untuk masuk ke dalam ajaran Allah SWT. Jika ada sekelompok manusia menolak apa yang disampaikannya beliau akan meninggalkannya dan mencari daerah baru untuk berdakwah.
Walaupun Nabi Idris a.s. menghadapi banyak musuh, Nabi Idris a.s selalu dilindungi oleh Allah SWT. Selain itu, beliau memang seorang yang bijak dan pandai dalam menyusun strategi perang. Walau pun dari segi jumlah pengikut, Nabi Idris a.s. tidak mempunyai banyak pengikut namun mereka adalah pengikut yang sangat beriman. Oleh kerana, kebijaksanaan, ketegasan dan kesabarannya, akhirnya Nabi Idris a.s. diangkat menjadi Nabi iaitu pada usia 82 tahun.

Pengajaran daripada kisah di atas :
1. Gunakan kemahiran atau kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita untuk mengajak orang lain mengenali Islam dan beriman kepada Allah.
2. Sentiasa bersabar menghadapi ujian hidup.
3. Tegas dan teguh dalam urusan keimanan kepada Allah SWT.
4. Yakin akan bantuan Allah SWT jika kita benar2 bertakwa kepada-Nya.

sumber:UsTaZaH AiN.CoM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini