Selasa, 25 Jun 2013

AL-FAQR


AL-FAQR ertinya Kefakiran..

Kefakiran tidak mutlak sesuatu yang tercela, bahkan dalam keadaan tertentu ia merupakan sesuatu yang terpuji dalam ajaran Islam. Seorang yang fakir yang dapat mempertahankan agamanya jauh lebih baek daripada seorang yang kaya disibukkan oleh kekayaannya.  Oleh sebab itu, kenyataan sebahagian orang bahawa "kefakiran sangat dekat dengan kekufuran" ialah satu kenyataan yang tidak mempunyai asas sama sekali dan bukan merupakan hadis.
Justeru sebaliknya, kefakiran bleh menjadikan seseorang meningkatkan nilai takwanya. Dan sebab itu juga majoriti penduduk syurga ialah orang fakir.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda bererti :

"aku diperlihatkan ke syurga dan aku melihat majoriti penduduknya ialah orang fakir"
                                                                                           (Riwayat al-Bukhari)

Imam Sahl ibn Abdullah al-Tustari berkata:

"ada lima perkara yang merupakan permata jiwa:

1.  Seorang fakir yang menampakkan kekayaan.
2. Seorang yang merasa lapar yang menampakkan rasa kenyang
3. Seorang yang sedih yang menampakkan keceriaan
4. Seorang yang memiliki permusuhan dengan orang lain namun menampakkan kecintaan kepadanya.
5. Seorang yang bangun solat pada malam hari dan puasa pada siang hari namun tidak menampakkan    keletihannya

 Imam Ibrahim ibn Adham berkata:"kta mencari kefakiran namun kita didatangi kekayaan, dan banyak orang yang mencari kekayaan namun mereka didatangi kefakiran."

   Imam Zunnun al-Misri berkata:" Antara tanda-tanda Allah murka ke atas seorang manusia adalah apabila orang tersebut memiliki rasa takut terhadap kefakiran"


rujukan buku: INDAHNYA TASAWUF DAN HIDUP SUFI
***Ustaz Yusri Abd. Karim


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini