Aku tinggalkan bikini demi Islam
Sebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika
Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lain yang terbiasa dengan kehidupan
glamour kota besar.
Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai Selatan Miami,
sebuah tempat popular untuk mencari kehidupan glamour.
Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang sering
dilakukan oleh gadis-gadis Barat.
Aku hanya prihatin pada penampilan fizikal dan daya
tarikanku serta mengukur nilai reputasiku berdasarkan banyaknya perhatian orang
lain padaku.
Aku berolah raga secara rutin hingga menjadi pelatih
peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut.
Aku menjadi pengunjung setia pantai yang “suka mempamerkan
tubuh” serta berjaya mencapai taraf hidup yang penuh bergaya dan ada kelas.
Tahun demi tahun berlalu, kufahami bahawa ukuran nilai
kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tinggi aku menggunakan
daya tarik kewanitaanku.
Saat itu, aku benar-benar menjadi hamba fesyen-fesyen
terkini. Sesungguhnya aku telah ‘menjadi tawanan’ kepada kehendakku sendiri.
Di celah-celah kekosongan hidup antara kepuasan diri dan
gaya hidup yang makin melebar, maka aku mencari perlindungan dengan sebuah
pelarian.
Aku mengambil arak dan pesta-pesta, mengikuti meditasi,
menjadi aktivis, belajar kepercayaan-kepercayaan lain dengan tujuan agar di
celah-celah kekosongan itu terisi dengan pelbagai aktiviti.
Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu bagaikan ubat
pelali sahaja, yang mana sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang
benar-benar berkesan.
Kemudian berlaku peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi
atas serangan berterusan terhadap Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam
serta wujudnya pengisytiharan negatif mengenai “Perang Salib Baru”, aku
terpanggil untuk mula memerhati satu ajaran bernama Islam.
Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan
wanita-wanita yang berbaju seperti “khemah”, tukang pukul isteri, harem dan
dunia pengganas.
Sebagai aktivis pembebasan wanita dan seorang yang mahukan
dunia yang lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis
lainnya yang telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pilih
bulu.
Setelah itu, aku turut bergabung di dalam kempen
sahabat-sahabat baruku yang ketika itu, salah satunya adalah reformasi
pilihanraya dan hak-hak awam.
Sekarang kegiatan harianku sangat berbeza. Daripada
mendukung keadilan secara “berpilih”, aku belajar bahawa yang ideal seperti
keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat
universal.
Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya semua orang
dicipta Allah adalah setaraf. Namun yang paling penting, aku belajar bahawa
hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan
dan ciptaan.
Bertemu al-Quran
Suatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif
di Barat, al-Quran yang suci. Baru tadi aku tertarik pada gaya dan pendekatan
al-Quran.
Kemudian minatku tambah mendalam pada pandangannya tentang
kewujudan makhluk, kehidupan, penciptaan dan hubungan antara Pencipta dan
ciptaanNya.
Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan dan
pengetahuan untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi.
Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah
kehidupanku seterusnya.
Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk kepuasan diri
baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keyakinan yang
disebut Islam, yang membawa aku hidup damai sebagai muslim yang bermanfaat.
Bahagia dengan Hijab
Aku membeli sehelai gaun panjang yang cantik dan penutup
kepala, mirip gaya pakaian muslimah.
Dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang
sama, yang mana beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar pendek,
bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas.
Walaupun masyarakat, wajah dan gedung-gedung semuanya tetap
sama, ada satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya, aku
berasa suatu kedamaian yang sangat berbeza berbanding yang dahulu.
Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan
akhirnya aku benar-benar merasa bebas. Sangat menyenangkan, kadang-kadang
sedikit lucu melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku.
Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak
lagi menghabiskan masaku untuk berbelanja, membeli kosmetik, ke salon dan
melatih diri untuk penampilanku. Akhirnya aku bebas.
Dari semua tempat itu, aku menemui Islam tepat di pusat dari
tempat yang disebut orang sebagai “pusat skandal di bumi”, yang membuatkan
semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa.
Walaupun bahagia dengan hijab, aku menjadi ingin tahu
mengenai niqab (purdah/cadar) kerana melihat ramai muslimah yang mengenakannya.
Aku bertanya suamiku yang juga muslim, yang menikah denganku
setelah aku menjadi muslimah, apakah aku boleh mengenakan niqab atau cukup
dengan hijabku sekarang yang sudah kukenakan?
Dengan selamba suamiku mengatakan dia percaya bahawa hijab
adalah satu kewajiban, namun tidak dengan niqab. Ketika itu, hijabku terdiri
dari penutup kepala yang menutup seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam
panjang yang longgar. Ia disebut abaya(jubah) yang menutupi tubuh dari leher
hingga kaki.
Memakai purdah
Satu setengah tahun berlalu, aku memberitahu suamiku bahawa
aku mahu memakai purdah. Alasanku kali ini ialah aku merasa lebih
“menyenangkan” Allah Yang Maha Mencipta, dan akan meningkatkan rasa damai dalam
diri bila berpakaian lebih tertutup.
Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli “isdaal”,
sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan niqab yang
menutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata.
Cabaran Hijab dan Niqab
Tidak lama kemudian, media mula menyiarkan berita tentang
ahli politik, pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia
(HAM) palsu yang berkali-kali mengkritik pedas tentang hijab, apatah lagi
niqab.
Bagi orang lain ia kelihatan sangat kejam terhadap wanita.
Juga dianggap gangguan dalam pergaulan dan baru-baru ini seorang pegawai Mesir
mengatakan bahawa perkara itu sebagai “tanda-tanda kemunduran”.
Aku melihat kenyataan itu sangat munafik . Beberapa
pemerintah dan kumpulan pembela HAM palsu yang tergesa-gesa cuba membela hak
wanita, sedangkan pemerintah beberapa negara lain memaksa penggunaan peraturan
berpakaian tertentu bagi wanita.
Meskipun begitu “Pejuang Kebebasan” memandang dari posisi
lain ketika wanita kehilangan hak-haknya untuk berkerja dan belajar hanya
kerana memilih menggunakan haknya mengenakan hijab atau niqab.
Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang
mengenakan hijab atau niqab untuk keluar berkerja dan mendapatkan pendidikan di
sekolah dan universiti.
Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia,
Morocco dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis,
Belanda dan Inggeris.
Memperjuangkan Hak Wanita
Ketika ini, aku masih seorang aktivis wanita, tetapi kali
ini sebagai aktivis muslimah, yang menyeru para muslimah untuk mengambil
tanggungjawab mereka memberi sokongan setakat mampu kepada suami agar menjadi
muslim yang baik,
membesarkan anak-anak mereka agar menjadi muslim yang jujur
dan bertanggungjawab, sehingga mungkin akan menjadi cahaya kepada kemanusiaan.
Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk
berbincang tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran, aku
berasa patut memperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakan niqan atau hijab demi
menyenangkan Yang Maha Mencipta, apapun yang kita pilih.
Penting juga berkongsi pengalaman memakai niqab atau hijab
kepada kawan wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa
perlunya mengenakan niqab atau hijab bagi kita dan rasional kita, sehingga
dengan penuh cinta kita memeluknya.
Sebahagian besar wanita yang kuketahui mengenakan niqab
adalah muallaf Barat. Sebahagian dari mereka belum menikah. Yang lain
mengenakan niqab tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat
sekelilingnya.
Apa yang kita perlu fahami ialah mengenakan purdah adalah
pilihan peribadi dan tidak seorang pun boleh menyerah atas pilihan peribadinya
sendiri.
Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gaya
“berpakaian minima sehingga tanpa pakaian langsung” secara virtual dalam setiap
bentuk komunikasi di manapun di dunia ini.
Sebagai seorang bekas non-muslim, aku menuntut hak-hak
wanita untuk sama-sama mengetahui mengenai hijab, kebaikan-kebaikannya,
kedamaian dan kebahagiaan yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti
yang telah terjadi padaku.
Dulu Bikini, Sekarang Niqabi
Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang hakikatnya
membebaskan aku dari aqidahku dan sebagai manusia normal.
Tiada apa-apa yang lebih menggembirakan aku kerana
menanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan
itu untuk hidup damai dengan Penciptaku, serta menikmati hidup di antara
teman-teman sesame manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya.
Hal itu merupakan alasanku untuk memilih memakai niqab dan
bersedia mati membela hakku yang tidak mungkin dicabut untuk memakainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan