Isnin, 29 Julai 2013

Antara Maksum dan Orang Yang Berilmu

Antara Maksum dan Orang Yang Berilmu


Ada pula laungan-laungan dari orang awam atau mereka yang bukan dari kalangan ulamak malahan yang baru menghafaz beberapa hadith mendabik dada mengatakan dirinya adalah tempat dijadikan rujukan. (Sedangkan rujukan dirinya hanya melalui internet semata-mata). Ingatlah bahawa ilmu dan akhlaq akan berjalan seiring. Orang awam seperti kita ini mengatakan pula 'ulamak tidak maksum' terutamanya tuduhan ini ditujukan kepada ulamak yang mengasaskan mazhab, ulamak seperti Imam asy Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Bahkan melekehkan pula orang yang mengikut mazhab yang disampaikan oleh ulamak-ulamak, ustaz ustazah dan guru-guru.

Ya, benar, ulamak tidak maksum (ada membuat dosa dan kesilapan). Tetapi berbanding dengan orang yang bercakap atau ustaz yang selalu memperlekehkan ulamak muktabar. Siapa pula yang lebih berilmu, lebih berkelayakan untuk mengeluarkan hukum? Ulamak yang lebih muktabar jauh lebih tinggi ilmunya, menguasai disiplin ilmu untuk membolehkan mereka mengeluarkan pendapat. Bahkan ulamak muktabar yang mampu berijtihad ia memperolehi 2 pahala jika benar ijtihadnya, dan 1 pahala jika ijtihadnya tersilap. Di sinilah adanya perbezaan yang besar di antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu, kurang ilmu, faham dan tidak faham, sempurna akal dan yang tidak, dan yang jahil. Sebagaimana firman ALlah :

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩)

Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

(Surah az Zumar : Ayat 9)


KREDIT:https://www.facebook.com/EddyWan.IamMuslim?hc_location=stream

SYARAT-SYARAT UNTUK MENGELUARKAN FATWA.



Salah seorang ulama yang sezaman dengan Imam Ahmad pernah ditanya orang :

"Jika seseorang sudah dapat menghafal seratus ribu hadith, dapatkah ia dikatakan sebagai faqih...? "Tidak...!", jawabnya. "Dua ratus ribu hadith..?" "Tidak..!.. katanya. "Tiga ratus ribu hadith..?" "Tidak..! Jawabnya. "Empat ratus ribu hadith..? "Juga tidak..!, tetapi begini (iaitu lima ratus ribu) katanya sambil mengisyaratkan dengan sebelah telapak tangannya. 

Dengan menghafaz hadith semata-mata belumlah dikatakan seorang faqih yang dapat mengeluarkan fatwa selagi ia tidak mempunyai kemampuan untuk memenuhi syarat-syarat lain untuk berfatwa. Selagi dia tidak mempunyai kemampuan ilmiah untuk membezakan antara riwayat yang maqbul (diterima) dan riwayat yang mardud (ditolak); antara yang sahih (baik) dan ma'lul (cacat). Demikian juga kemampuannya untuk mengambil hukum (istinbat) dan melakukan tarjih (menentukan riwayat mana yang lebih kuat); atau melakukan ta'luq (penggabungan) antara beberapa riwayat yang nampak berbeza, atau penggabungan antara nas-nas yang mengandungi beberapa pengertian dengan maqasid syar'iyyah dan kaedah-kaedah kulliyyah (umum).

Al Hafiz Al Khatib al Baghdadi meriwayatkan dalam kitabnya Al Faqih wa al Mutafaqqih Juz 2 Hlm 157 dari al Imam Syafi'i radiyaLlahu 'anhu berkata :

"Tidak dihalalkan bagi seseorang berfatwa mengenai agama Allah, kecuali seorang yang arif Kitab ALlah (al Quran), Nasikh Mansukh, Muhkam dan Mutasyabih, Ta'wil dan Tanzil, Nasikh dan Makkiyah dan Madaniyahnya; Apa yang dimaksudkan dengan satu-satu ayat; dalam masalah apa ia diturunkan. Selain itu, dia juga mesti menguasai hadith RasuluLlah s.a.w; Nasikh dan Mansukhnya; Pengetahuannya mengenai hadith Nabi s.a.w mesti setaraf pengetahuannya mengenai al Quran. Dia mesti juga menguasai Bahasa Arab; arif akan seluk beluk syair, dan disiplin ilmu yang lain yang diperlukan untuk memahami al Quran. Disamping itu, dia juga mesti menahan diri daripada (seronok) bercakap. Dia dituntut juga untuk memahami perbezaan pendapat di kalangan para ulama, selain harus memiliki kemampuan atau kepakaran dalam mengambil ketentuan hukum (istinbat). Jika semua syarat-syarat ini telah dimilikinya, maka barulah boleh baginya bercakap dan berfatwa tentang halal dan haram.

Namun jika belum sampai pada darjat ini, dia hanya boleh membincangkan tentang ilmu pengetahuan, tetapi tidak dibenarkan untuk berfatwa.


KREDIT: https://www.facebook.com/EddyWan.IamMuslim

RESEPI KETUPAT SOTONG-KELANTAN



Bahan- bahan yang diperlukan

10 ekor sotong yg agak besar ( saya suka guna yang besar2 sbb puashati makan)

1 cawan beras pulut

2 cawan santan sederhana pekat

1 keping gula melaka

sedikit garam

gula secukupnya

2 helaidaun pandan

10 batang lidi (3-4cm panjang)


Cara:
-Bersihkan beras pulut dan direndam selama 30-45minit.kemudian ditoskan .

-Bersihkan sotong dengan mengasingkan kepalanya.

-Kemudian isikan beras pulut tadi ke dalam badan sotong 1/3 penuh. Tutupkan semula badan sotong dengan kepala sotong dan cucuk lidi diantara badan dan kepala supaya tidak tercabut. Buat hingga kelihatan kemas dan jika perlu guna 2 batang lidi.

- Susun sotong yang telah disiap kedalam periuk beserta daun pandan dan masukkan sedikit air untuk merebus sotong tersebut dalam tempoh 20min.

Setelah itu barulah dimasukkan santan dan gula melaka serta secubit garam sebagai pelengkap rasa manis dan lemak.

-Masak sehingga pulut didalam sotong itu masak..

-Sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, 26 Julai 2013

Lelaki VS Perempuan. Siapa yang matang dalu

Lelaki & Perempuan Siapa Matang ????





Mesti kamu semua cepat-cepat mengatakan perempuan ,kalau ikutkan kajian yang dilakukan memang perempuan lebih matang 2 tahun dari usianya.Salah satu faktor kerana akil baligh lebih awal dari lelaki. Matang tu banyak klasifikasinya apabila diceraikan agar lebih sempurna istilah matang tu,matang yang bagaimana? dari segi mentalitikah? atau dari segi keintelektualan kah? atau dari segi fisiologi badan kah?


hahaha pening pulak di buatnya. Kalau ikutkan perempuan cepat mengalami proses matang dari segi fizikal ,mental berbanding lelaki .Perempuan akan mengalami perubahan emosi dan kelakuan apabila mereka sudah mencapai tahap akhil baligh..Tengok la lelaki yang berjanggut umur dalam 25 keatas masih lagi peragai kebudak-budakkan . Masih main game & peragai "nakal" tu hahahha.Tetapi lebih lebih matang dari segi emosi, even apa juga masalah lelaki akan fikirkan secara mendalam dan sebab itu ALLAH kurniakan ego kepada lelaki agar dapat mengatasi emosi tersebut.

 
Tahap kematangan perempuan ni cepat bebanding dengan lelaki. Umur 7 tahun dah tahu tanggung jawab berbanding dengan lelaki tapi kematangan perempuan ni,diselangi dengan kemanjaan, emosional biasa lah tu sampai satu tahap,kematangan perempuan ni agak slow..mybe


tapi lelaki pula, kematangan dia agak lambat, sebab budak lelaki, ingat nak main saja tapi bila sampai waktu nya,kematangan lelaki ni akan meningkat dan terus meningkat,sebab tu lah lelaki dipertanggungjawabkan untuk melindungi kaum wanita...

alangkah adil dan sempurnanya ciptaan ALLAH kan???

dan ada pandangan perempuan yang mengatakan tentang lelaki matang

Ala senang sahaja tu, tengok sahaja daripada gaya lagaknya. Laki yang matang adalah laki yang cool dan pendiam. Laki yang suka ketawa dan bersikap main-main dikatakan tidak matang.”

salah sama sekali, lelaki matang apabila tiba waktu usia kedewasaannye.Sebab tahap kematangan tu bergantung kepada 2 faktor pertama perkembangan hormon dan kedua pengalaman yang dilalui oleh seseorang. Apabila seorang lelaki mula memikirkan tentang masa depan, tentang kerjaya, dirinya itu salah satu proses untuk matang dan jika pengalaman hidupnya dalam kesusahan, kemiskinan, berdedikari mencepatkan mereka mematangkan dalam kehidupan sebenar.



ALLAH ciptakn org LELAKI dengan 9 AKAL,1 NAFSU....
dan ALLAH ciptakan org perempuan dengan 9 NAFSU,1 AKAL....

Jadi cuba kita sama-sama fikirkan..Kenapa ramai orang kata..
orang PEREMPUAN lebih cepat matang...

kredit:http://www.akupenghibur.com/

Selasa, 23 Julai 2013

5 Karakter Bisnes Sultan Muhammad Al-Fateh



5 Karakter Bisnes Sultan Muhammad Al-Fateh
Oleh itu, suka untuk saya nukilkan di sini 5 karakter yang boleh kita pelajari daripada Sultan Al-Fateh ini untuk di adaptasi di dalam bisnes dan juga kehidupan kita.

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” – Syeikh Syamsuddin .

#1 – Mempunyai Matlamat Jelas

Untuk pengetahuan tuan dan puan, Sultan Muhammad Al-Fateh ini bukan sekadar mempunyai matlamat yang jelas untuk membuka Kota Konstantinopel tetapi beliau terlalu obses dan teruja untuk merealisasikan impian tersebut.

Sejak dari kecil, beliau telah di berikan pendedahan oleh ayahnya Sultan Murad mengenai pembukaan kota tersebut. Di atas pendedahan ini akhirnya timbul kesedaran untuk beliau meletakkan matlamat untuk membuka kota tersebut.

Akibatnya, ketika kanak-kanak beliau akan cukup teruja apabila di sebutkan mengenai Kota Konstantinapel sepertimana kanak-kanak sekarang teruja apabila di sebutkan Ultraman, Ben 10 dan sebagainya. Oh!

Bayangkan jika kita juga sentiasa mengingatkan diri sendiri mengenai matlamat yang kita ingin capai di dalam bisnes.



#2 – Mempunyai Mentor Terbaik

Ini merupakan salah satu faktor terpenting untuk menjadikan beliau di gelar sebaik-baik raja, kerana beliau memiliki mentor ataupun guru yang terbaik di dalam pelbagai aspek.

Sultan Muhammad Al-Fateh

Oleh kerana kerajaan Uthmaniyyah adalah kerajaan yang mementingkan didikan agama, Sultan Murad sentiasa mencari siapakah ulamak terbaik pada abad itu dan beliau akan berusaha untuk mendampingi ulamak.

Sultan Muhammad Al-Fateh telah di hantar untuk  belajar bahasa, sejarah, geografi dan astronomi daripada mentor terbaik seperti Syeikh Syamsuddin Al Wali.

Guru beliau inilah yang sentiasa membakar keterujaan beliau untuk membuka kota tersebut.

Di dalam bisnes juga kita perlukan memiliki  mentor, guru atau coach agar lebih cepat untuk kita belajar sesuatu perkara dengan selamat.

Apabila kita menemui mentor yang baik, kita akan mendapat nasihat yang positif.

#3 – Mempunyai Teknologi Moden

Sultan Muhammad Al-Fateh adalah individu yang tidak sekular yakni menggabungkan di antara ilmu agama dan ilmu dunia menjadi satu. Cukup seimbang dan sempurna.

Salah satu persiapan yang dilakukan ketika hendak membuka Kota Konstantinopel ialah persiapan dari segi teknologi perang yang moden.

Beliau mempelajari daripada percubaan kerajaan Islam sebelum ini yang gagal kerana tidak mempunyai kelengkapan perang yang baik.

Oleh itu, beliau telah mendapatkan khidmat konsultasi pakar mencipta meriam, Orban daripada Hungary untuk mencipta meriam yang besar dan mampu meruntuhkan tembok pertahanan tentera Byzantine.

Sebelum ini Orban telah menawarkan teknologi ini kepada kerajaan Byzantine namun mereka menolak oleh kerana masalah kewangan.

Meriam Sultan Muhammad Al-Fateh

Great Turkish Bombard tersebut menggunakan peluru seberat 300 kg dan mampu menembak dari jarak 2 km! Proses satu tembakkan memakan masa 2 jam dan ini menyebabkan meriam tersebut boleh melepaskan 7 das tembakan sahaja sehari.

Untuk berjaya di dalam bisnes juga kita tidak boleh mengabaikan aspek teknologi. Pada abad 21 ini, jika bisnes anda tidak mempunyai teknologi yang sesuai maka perniagaan anda akan jauh ketinggalan daripada pesaing.

#4 -Mempunyai Tenaga Kerja Berkualiti

Apabila membicarakan mengenai kualiti pekerja maka ia terbahagi kepada dua iaitu spiritual dan fizikal. Sultan Muhammad Al-Fateh memiliki tenaga kerja yang mantap dari segi spiritual dan fizikal.

Beliau memiliki orang kanan dan tentera yang sangat patuh kepada syariat agama, bermotivasi, berdisiplin, mempunyai keyakinan yang tinggi dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran perang yang hebat.

Bayangkan tentera beliau yang beragama Islam tidak pernah meninggalkan solat fardhu sejak dari baligh.

Diceritakan tentera terlatih iaitu Janissari sentiasa berada di luar keadaan selesa. Di mana tidur hanya di atas tanah agar dapat bangun awal untuk berlatih.

100,000 orang tentera Janissari ini bergerak lebih cepat berbanding 100 orang tentera Byzantine.

Di dalam bisnes, kita perlu mencari tenaga kerja yang berkualiti kerana tenaga kerja adalah aset penting untuk kami mencapai misi dan visi yang telah di tetapkan. Namun ingat, perlu berkualiti dari segi spiritual dan juga fizikal.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan.”- Ahli Sejarah Byzantine

#5 – Mempunyai Strategi Ampuh

Daya kreativiti yang hebat Sultan Muhammad Al-Fateh tidak boleh dinafikan lagi. Namun, beliau bukan individu yang gemar berada di dalam zon selesa.

Beliau kurang tidur kerana merancang strategi untuk membuka Kota Konstantinopel dan melakukan kajian yang komprehensif terhadap keadaan musuh.

Di katan beliau sentiasa mempelajari taktik peperangan di zaman Rasulullah s.a.w oleh panglima perang Islam yang hebat seperti Khalid Al-Walid r.a serta mengkaji kenapa percubaan tentera Islam sebelum ini gagal.

Kapal Muhammad Al-FatehStrategi Khalid Al-Walid itu yang di gunakan untuk mengalih perhatian tentera Byzantine dengan menyerang di bahagian darat dan laut.

Namun pada masa yang sama beliau mengangkat kapal perang merentasi bukit dalam satu malam semata-mata untuk menempuh selat yang dihalang dengan rantai besi.

Kita sebagai usahawan juga wajib memiliki strategi untuk menjayakan bisnes kita. Saya seringkali teringat rancangan realiti TV bisnes yang popular iaitu ‘The Apprentice’.

Di mana mana ramai peserta tersingkir kerana strategi yang digunakan kurang ampuh. Malah tidak mempunyai strategi B sekiranya strategi A gagal.

KREDIT:http://www.majalahniaga.com/

Jumaat, 19 Julai 2013

KEK FUDGE COKLAT



Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
• 2 biji telur
• 1 cawan minyak masak
• 1 cawan gula pasir
• 1 cawan gula perang

Bahan A
• 1 sudu kecil vanila
• 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
• 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
• 2 sudu kecil sodium bicarbonate
• 1 sudu kecil baking powder
• 1/2 cawan serbuk koko
• 2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
• 1/2 cawan koko van hauten
• 1/2 cawan susu pekat
• 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke
dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul
sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga
masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam
periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah
ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

RESEPI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK



Bahan-bahan ( 4 org makan )

9 biji bawang merah/kecik (tumbuk)
6 biji bawang putih (tumbuk)
1 inci halia (ketuk)
1/2 inci kunyit (tumbuk)
13 biji cilipadi (tumbuk)
3 keping lengkuas (yg dihiris nipis2)
1 mangkuk kecik tempoyak
daun kesom seikat
air secukupnya
ikan patin sederhana besar

Cara-cara

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk sehingga layu dan bau wangi.

Tambah halia,kunyit dan lada yang ditumbuk.Kacau sebentar.Tambahkan air lebih kurang dalam 2 senduk

Letakkan ikan dan tambah air sehingga paras ikan.Masukkan lengkuas.

Letakkan tempoyak dan garam sedikit.Tunggu sehingga mendidih.

Bila dah mendidih,masukkan daun kesom dan kacau sedikit2.

Tutupkan periuk lebih kurang dalam 15 minit. Kemudian rasa masam dan masinnya

Sekiranya tempoyak terlalu masam boleh tambah sedikit ula.Kalu terkurang masam blh tambah asam keping.

Kemudian boleh di hidang.

P/S : Jika suka kuah pekat boleh dilebihkan tempoyak.Jika suka kuah cair lebihkan sedikit air. Bawang merah,bawang putih dan lada boleh disesuaikan mengikut cara masing2 memasak.

kREDIT: http://www.myresipi.com/top/detail/5185

Cari Blog Ini