Selasa, 13 Ogos 2013

ADA JUGA YANG TIDAK BOLEH



Kalau mereka boleh, aku pun boleh.  Begitulah prinsip hidup yang dipegang oleh seorang pemuda. Pantang dicabar dia kan menyahut apa sahaja cabaran yang dihadapkan kepadanya.
Satu hari dia hendak menyeberang sebatang sungai. Malangnya, tiada jambatan atau titi yang boleh digunakan.
Dia berlegar-legar di sepanjang tebing sungai itu mencari ikhtiar untuk menyeberang. Tiba-tiba dilihatnya sebatang kayu kecil merintangi sungai itu dari tebing sebelah sini hingga ke seberang sana.
“Bolehkah aku menyeberang ke sana dengan menjadikan kayu sekecil ini sebagai titi”Dia berfikir
Tiba-tiba dia terpandang sekumpulan semut sedang merap di atas batang kayu itu. Lantas dia mendapat idea.
“Jika berpuluh-puluh semut itu boleh meniti di atas batang kayu itu, mengapa aku tidak boleh?
Bukankah aku Cuma seorang? Kalau mereka boleh, aku pun boleh.”Begitulah detik hatinya

Tanpa berlengah-lengah lagi dia pun melangkah ke atas batang kayu yang kecil itu.Debus! Dia jatuh ke dalam sungai.

***Ukur baju di badan sendiri.Meneladani orang lain tidak salah, tetapi perlu diseimbangkan dengan mengenal diri sendiri terlebih dahulu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini