Isnin, 26 Ogos 2013

TALI KASUT dan ISKANDAR ZULKARNAIN


Tatkala Iskandar Zulkarnain masuk ke sebuah negeri, dia diberitahu tentang sepasang kasut yang istimewa di sebuah kuil berdekatan.
“Mengapa kasut itu terlalu istimewa?”
“Siapa yang mampu membuka talinya yang tersimpul mati itu akan dapat menakluki dunia.”jawab seorang pengikutnya.
“kalau demikian bawa aku ke sana!”
Sebaik tiba di kuil itu, Iskandar terus pergi ke tempat kasut itu ditempatkan yakni di satu tempat yang nampaknya disucikan dan disembah.
Setelah merenung tali kasut yang bersimpul itu, tiba-tiba Iskandar terus mencabut pedangnya. Dengan tangkas dia memotong tali kasut itu dengan pedangnya. Tali kasut itu pun putus dan terungkai.
“Nah sekarang aku akan menakluki dunia!”
Semua orang di sekelilingnya terkejut. Telah ramai raja-raja dari seluruh pelosok dunia datang, mencuba nasib untuk membuka simpulan tali kasut itu, namun semuanya gagal. Mereka hairan melihat betapa beraninya Iskandar Zulkarnain menangani cabaran itu dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh mereka. Malah terbukti beberapa tahun kemudian Iskandar Zulkarnain Berjaya menakluki dunia!

***YAKIN  ATAS KEMAMPUAN DIRI ADALAH SYARAT UTAMA UNTUKBERJAYA. Mereka yang berjiwa besar berani menempuh jalan yang tidak pernah difikirkan oleh manusia biasa. Mereka juga selalunya mampu berfikir “di luar kotak” bagi menangani sesuatu cabaran.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini