Selasa, 15 Januari 2013

SAAT CINTA ITU DATANG


Detik percintaan adalah satu detik yang sangat hebat rasanya. Hanya mereka yang sedang bercinta dan pernah alaminya saja tahu betapa indahnya perasaan itu.

Namun, apabila sedang hanyut dibuai rasa, perlu diingat bahawa tiap apa yang kita lakukan perlu ada batasnya. Hubungan yang terjalin walaupun suci tetapi ia tetap belum halal di sisi agama.

Sejauh mana sayang kita terhadap si dia masih lagi ada jarak antara kita dan dia. Andai kata kita yakin itu adalah jodoh yang Allah tentukan buat kita segerakanlah menuju ke arah perkahwinan. Ingat, percintaan bukan hanya satu persinggahan perasaan.

Cinta adalah ikatan dua hati yang sangat tulus dan murni. Cinta tanpa matlamat hanya akan jadi sia-sia saja. Maka, apabila jatuh perasaan sayang terhadap seseorang perlulah kita sasarkan matlamat untuk mencapai kata sepakat menyimpul ikatan murni tersebut…wallahua’lam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini