Rabu, 16 Januari 2013

SUDAH DIBERI PILIHAN,, KENAPA PILIH YANG SALAH LAGI..?

Antara tanda-tanda akhir ialah Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

mahu saya ketengahkan isu ini ialah yang berlaku dihadapan saya pada tahun 2012,, semasa budak perempuan diberi pilihan untuk memilih baju kelas sama ada hendak baju muslimah ataupun baju sama macam baju lelaki, maka yang terjadi ialah ramai yang memilih untuk baju lelaki.. Saya tertanya-tanya kenapa ramai memilih baju lelaki daripada baju muslimah..? adakah kiamat sudah hampir..? apa yang hodoh jika dipakai baju muslimah itu..?
 

adakah cantik baju lelaki jika dipakai oleh wanita..? adakah ia menurut syariat islam..? adakah  punggung wanita dapat dilindungi oleh baju lelaki..? padahal Allah berfirman:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)..

  Hal ini jelas mengatakan salah..? mengapa masih ramai lagi tidak tahu.. Dan saya bangga dengan wanita yang memilih baju muslimah sebagai baju pilihan hati.. Saya harap wanita itu memdapat keberkatan  daripada ALLAH SWT dan saya doakan anda menjadi role model kepada wanita-wanita lain dalam memilih pakaian yang mengikut syariat ISLAM. Dan kepada wanita yang memilih baju lelaki saya doakan dan harapkan dapat hidayah daripada ALLAH SWT.. sekian WASSALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini