Selasa, 23 Julai 2013

5 Karakter Bisnes Sultan Muhammad Al-Fateh



5 Karakter Bisnes Sultan Muhammad Al-Fateh
Oleh itu, suka untuk saya nukilkan di sini 5 karakter yang boleh kita pelajari daripada Sultan Al-Fateh ini untuk di adaptasi di dalam bisnes dan juga kehidupan kita.

“Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” – Syeikh Syamsuddin .

#1 – Mempunyai Matlamat Jelas

Untuk pengetahuan tuan dan puan, Sultan Muhammad Al-Fateh ini bukan sekadar mempunyai matlamat yang jelas untuk membuka Kota Konstantinopel tetapi beliau terlalu obses dan teruja untuk merealisasikan impian tersebut.

Sejak dari kecil, beliau telah di berikan pendedahan oleh ayahnya Sultan Murad mengenai pembukaan kota tersebut. Di atas pendedahan ini akhirnya timbul kesedaran untuk beliau meletakkan matlamat untuk membuka kota tersebut.

Akibatnya, ketika kanak-kanak beliau akan cukup teruja apabila di sebutkan mengenai Kota Konstantinapel sepertimana kanak-kanak sekarang teruja apabila di sebutkan Ultraman, Ben 10 dan sebagainya. Oh!

Bayangkan jika kita juga sentiasa mengingatkan diri sendiri mengenai matlamat yang kita ingin capai di dalam bisnes.



#2 – Mempunyai Mentor Terbaik

Ini merupakan salah satu faktor terpenting untuk menjadikan beliau di gelar sebaik-baik raja, kerana beliau memiliki mentor ataupun guru yang terbaik di dalam pelbagai aspek.

Sultan Muhammad Al-Fateh

Oleh kerana kerajaan Uthmaniyyah adalah kerajaan yang mementingkan didikan agama, Sultan Murad sentiasa mencari siapakah ulamak terbaik pada abad itu dan beliau akan berusaha untuk mendampingi ulamak.

Sultan Muhammad Al-Fateh telah di hantar untuk  belajar bahasa, sejarah, geografi dan astronomi daripada mentor terbaik seperti Syeikh Syamsuddin Al Wali.

Guru beliau inilah yang sentiasa membakar keterujaan beliau untuk membuka kota tersebut.

Di dalam bisnes juga kita perlukan memiliki  mentor, guru atau coach agar lebih cepat untuk kita belajar sesuatu perkara dengan selamat.

Apabila kita menemui mentor yang baik, kita akan mendapat nasihat yang positif.

#3 – Mempunyai Teknologi Moden

Sultan Muhammad Al-Fateh adalah individu yang tidak sekular yakni menggabungkan di antara ilmu agama dan ilmu dunia menjadi satu. Cukup seimbang dan sempurna.

Salah satu persiapan yang dilakukan ketika hendak membuka Kota Konstantinopel ialah persiapan dari segi teknologi perang yang moden.

Beliau mempelajari daripada percubaan kerajaan Islam sebelum ini yang gagal kerana tidak mempunyai kelengkapan perang yang baik.

Oleh itu, beliau telah mendapatkan khidmat konsultasi pakar mencipta meriam, Orban daripada Hungary untuk mencipta meriam yang besar dan mampu meruntuhkan tembok pertahanan tentera Byzantine.

Sebelum ini Orban telah menawarkan teknologi ini kepada kerajaan Byzantine namun mereka menolak oleh kerana masalah kewangan.

Meriam Sultan Muhammad Al-Fateh

Great Turkish Bombard tersebut menggunakan peluru seberat 300 kg dan mampu menembak dari jarak 2 km! Proses satu tembakkan memakan masa 2 jam dan ini menyebabkan meriam tersebut boleh melepaskan 7 das tembakan sahaja sehari.

Untuk berjaya di dalam bisnes juga kita tidak boleh mengabaikan aspek teknologi. Pada abad 21 ini, jika bisnes anda tidak mempunyai teknologi yang sesuai maka perniagaan anda akan jauh ketinggalan daripada pesaing.

#4 -Mempunyai Tenaga Kerja Berkualiti

Apabila membicarakan mengenai kualiti pekerja maka ia terbahagi kepada dua iaitu spiritual dan fizikal. Sultan Muhammad Al-Fateh memiliki tenaga kerja yang mantap dari segi spiritual dan fizikal.

Beliau memiliki orang kanan dan tentera yang sangat patuh kepada syariat agama, bermotivasi, berdisiplin, mempunyai keyakinan yang tinggi dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran perang yang hebat.

Bayangkan tentera beliau yang beragama Islam tidak pernah meninggalkan solat fardhu sejak dari baligh.

Diceritakan tentera terlatih iaitu Janissari sentiasa berada di luar keadaan selesa. Di mana tidur hanya di atas tanah agar dapat bangun awal untuk berlatih.

100,000 orang tentera Janissari ini bergerak lebih cepat berbanding 100 orang tentera Byzantine.

Di dalam bisnes, kita perlu mencari tenaga kerja yang berkualiti kerana tenaga kerja adalah aset penting untuk kami mencapai misi dan visi yang telah di tetapkan. Namun ingat, perlu berkualiti dari segi spiritual dan juga fizikal.

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan.”- Ahli Sejarah Byzantine

#5 – Mempunyai Strategi Ampuh

Daya kreativiti yang hebat Sultan Muhammad Al-Fateh tidak boleh dinafikan lagi. Namun, beliau bukan individu yang gemar berada di dalam zon selesa.

Beliau kurang tidur kerana merancang strategi untuk membuka Kota Konstantinopel dan melakukan kajian yang komprehensif terhadap keadaan musuh.

Di katan beliau sentiasa mempelajari taktik peperangan di zaman Rasulullah s.a.w oleh panglima perang Islam yang hebat seperti Khalid Al-Walid r.a serta mengkaji kenapa percubaan tentera Islam sebelum ini gagal.

Kapal Muhammad Al-FatehStrategi Khalid Al-Walid itu yang di gunakan untuk mengalih perhatian tentera Byzantine dengan menyerang di bahagian darat dan laut.

Namun pada masa yang sama beliau mengangkat kapal perang merentasi bukit dalam satu malam semata-mata untuk menempuh selat yang dihalang dengan rantai besi.

Kita sebagai usahawan juga wajib memiliki strategi untuk menjayakan bisnes kita. Saya seringkali teringat rancangan realiti TV bisnes yang popular iaitu ‘The Apprentice’.

Di mana mana ramai peserta tersingkir kerana strategi yang digunakan kurang ampuh. Malah tidak mempunyai strategi B sekiranya strategi A gagal.

KREDIT:http://www.majalahniaga.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini